Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki khayal dadah ganggu lalulintas

Ditahan orang awam dan kemudian diserah kepada polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki yang melakukan gangguan lalulintas akibat pengaruh dadah di Bulatan Jalan Pasir Likas, di sini petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata suspek warga tempatan yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n dan berumur 36 tahun terbabit ditahan orang awam jam 6 petang.

“Siasatan awal kejadian mendapati suspek dipercayai mengambil dan menghisap dadah sebelum menaiki kenderaan bersama rakannya.

“Suspek yang khayal dadah kemudianny­a keluar dari kenderaan rakannya semasa berada di lokasi kejadian sebelum menahan kenderaan lain dan memanjat bumbung kereta Perodua Myvi,” katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata suspek kemudianny­a ditangkap oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum pihak polis dimaklumka­n dengan kejadian.

Katanya pihak polis turut merampas kunci kereta, kunci rumah dan beg silang daripada suspek.

“Suspek yang khayal dadah kemudianny­a keluar dari kenderaan rakannya semasa berada di lokasi kejadian sebelum menahan kenderaan lain dan memanjat bumbung kereta Perodua ” Myvi ASISTEN KOMISIONER M CHANDRA Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

SUSPEK dan beg yang dirampas oleh pihak polis.

“Hasil siasatan lanjut, suspek mengaku terbabit dalam kes kecurian kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bersama seorang rakannya yang masih bebas di Jalan Karamunsin­g pada hari sama kira-kira jam 10 pagi.

“Suspek juga mempunyai rekod lampau iaitu pernah ditangkap di Keningau pada 1999 mengikut Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) dan dipenjarak­an selama setahun akibat kesalahan berkenaan,” katanya.

Chandra berkata suspek kini ditahan reman untuk disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video berdurasi 39 saat yang ditularkan di media sosial berikutan suspek sudah ditahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia