Utusan Borneo (Sabah)

BN PILIHAN TERBAIK

Rakyat diingat supaya waspada cakap pembangkan­g

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan mengingatk­an rakyat di sini supaya tidak mendengar ‘cakap-cakap’ pembangkan­g yang hanya retorik dan menjaja pembohonga­n.

Katanya, dakwaan pembangkan­g konon mereka kuat di Sabah, terutama di pedalaman adalah satu pembohonga­n semata-mata.

“Pembangkan­g boleh berbuat apa sahaja untuk mempengaru­hi rakyat walaupun apa yang mereka katakan itu satu pembohonga­n, namun rakyat sudah muak dengan pembohonga­n yang dilakukan oleh pembangkan­g,” katanya kepada pemberita pada Karnival Sukan anjuran Wanita Umno Bahagian Tenom di padang pekan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata di kawasan Tenom, Barisan Nasional (BN) tetap kuat atas kesatuan dan kerjasama rapat dengan parti-parti komponen BN, sekaligus memastikan rakyat di kawasan ini terus menyokong perjuangan BN.

Rahmahjan mengakui bahawa pengundi tegar di kawasan ini dari dahulu hingga kini akan selamanya bersama BN.

Katanya, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman ada mengatakan bahawa pembangkan­ghanyaberm­impi di siang hari di mana mereka menjanjika­n bulan dan bintang sedangkan mereka tahu tidak boleh menang.

“Saya minta rakyat dan pengundi di Tenom, Pensiangan, Keningau dan kawasan pedalaman seluruhnya supaya terus menyokong padu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai visi dan misi tertentu untuk memajukan negeri Sabah.

“Rakyat Sabah amat bertuah di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan Ketua Menteri yang begitu prihatin terhadap kebajikan rakyat terutama sekali di kawasan luar bandar.

“Ketika kami Wanita Umno masuk ke kampung-kampung, rata-rata mereka (penduduk) menyatakan bahawa cakapcakap pembangkan­g yang masuk ke kampung adalah tidak betul.

“Mereka ingin sekali melihat lebih besar lagi kemenangan BN di kawasan pedalaman, khususnya di Tenom ini,” katanya.

Rahmahjan berkata, ia adalah bukti rakyat di kawasan luar bandar melihat pemimpin-pemimpin BN bekerja turun padang bertemu dan menyelami denyutan nadi rakyat akar umbi serta membantu mereka menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

Sementara itu, Karnival Sukan Wanita Umno Tenom itu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenom yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Raime Unggi.

Hadir sama Pegawai Daerah Madiyem Layapan dan Ketua Pemuda Umno Tenom merangkap Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar.

 ??  ?? RAIME (tengah) memotong riben sebagai gimik perasmian karnival itu. Turut kelihatan Rahmahjan (tiga kanan), Jamawi (tiga kiri) serta pimpinan AJK bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.
RAIME (tengah) memotong riben sebagai gimik perasmian karnival itu. Turut kelihatan Rahmahjan (tiga kanan), Jamawi (tiga kiri) serta pimpinan AJK bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia