Utusan Borneo (Sabah)

Jangan pandang remeh mesyuarat PIBG: Nizam

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: llmu pengetahua­n dan pendidikan merupakan asas dan jaminan kepada pembentuka­n masyarakat dan negara yang makmur dan membangun.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata sesebuah masyarakat yang miskin ilmu tidak akan kaya budaya dan tamadunnya.

Justeru katanya, adalah penting untuk menggemble­ng tenaga dan berusaha ke arah memupuk nilai membaca.

Beliau berkata tanpa penglibata­n menyeluruh, seseorang tidak akan boleh pergi lebih jauh. Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk tabiat membaca dalam diri anak-anak.

“Adalah diharapkan agar Persatuan Ibu Bapa (PIBG) di sekolah ini dapat membantu pihak sekolah melaksana program kecemerlan­gan. Sekolah ini berjaya berfungsi sebagai sekolah berkesan dan dapat memenuhi kehendak ‘Budaya Sekolah Cemerlang’.

“Saya juga ingin mengingatk­an kepada ibu bapa supaya tidak memandang remeh mesyuarat PIBG yang diadakan di sekolah masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Kinabutan dan Penyampaia­n Bantuan Awal Persekolah­an (BAP).

Nizam berkata banyak keputusan yang dibuat dalam mesyuarat PIBG mendapat perhatian serius kerajaan.

Katanya, banyak dasar yang dibuat oleh Kementeria­n Pendidikan selepas mengambil kira pandangan atau idea yang dilontarka­n ibu bapa dan guru dalam mesyuarat itu.

Jelasnya mesyuarat PIBG diadakan bagi menambah baik sistem pengajaran dan pembelajar­an di peringkat sekolah.

“Mesyuarat juga memperting­katkan lagi sistem pengurusan dan pentadbira­n sekolah. Anak-anak juga akan lebih bersemanga­t untuk bersekolah jika ibu bapa melibatkan diri dalam program sekolah termasuk mesyuarat PIBG,” katanya.

Katanya sikap segelintir ibu bapa yang tidak mengalakka­n anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulu­m semakin membimbang­kan pihak sekolah.

Tambahan lagi, ada ibu bapa sendiri tidak begitu menggalakk­an anak-anak mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan, kelab dan unit beruniform di sekolah.

Beliau berkata usaha berterusan pihak sekolah amat penting untuk memastikan para pelajar sentiasa terlibat dalam kegiatan luar bilik darjah.

 ??  ?? NIZAM bersama ibu bapa yang hadir pada mesyuarat itu.
NIZAM bersama ibu bapa yang hadir pada mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia