Utusan Borneo (Sabah)

Profesiona­l sambut baik

Langkah k’jaan gubal undang-undang tangani berita palsu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Golongan profesiona­l di negeri menyambut baik usaha kerajaan mengkaji sekaligus menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu dalam media sosial yang membimbang­kan pada masa kini.

Pensyarah Kanan Program Kewartawan­an Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) Unversiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Haryati Abdul Karim berkata, langkah itu perlu memandangk­an masalah penyebaran maklumat secara mudah yang melibatkan fakta palsu sukar ditangani dari segi undang-undang.

“Masyarakat kita yang kadangkala bertindak sebagai penghasil maklumat yang belum disahkan benar, tidak celik media tentang etika penyebaran maklumat.

“Sehinggaka­n, masyarakat lain yang menerima maklumat atau berita di media sosial pula tidak celik media untuk membezakan sama ada maklumat itu benar atau palsu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, Haryati berkata sudah tiba masanya undang-undang itu digubal ekoran sehingga kini, masyarakat termasuk yang berpendidi­kan tinggi juga terpedaya dengan maklumat yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau juga menyaranka­n agar Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus menggiatka­n kempen pendidikan kepada masyarakat mengenai apa itu berita palsu.

“Selain itu, portal sebenarnya.my juga harus disebarlua­s lagi memandangk­an laman itu masih tidak diketahui fungsinya oleh orang ramai,” jelasnya.

Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Datuk Jasni Matlani berkata, sebagai presiden sebuah persatuan penulis yang terbesar di Sabah, beliau sentiasa menyokong apa juga langkah kerajaan untuk menambah baik penggunaan media sosial di negara ini.

Katanya, media sosial sepatutnya digunakan untuk tujuan yang bermanfaat dan membawa kebaikan, namun ia digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarka­n berita palsu dan kenyataan yang bertujuan menjatuhka­n maruah orang lain.

“Hal ini patut dibendung kerana ia bukan sahaja menjejaska­n ukhuwah dalam kalangan masyarakat, tetapi juga menggugat keamanan negara.

“Sudah tiba masanya digubal peruntukan undangunda­ng tertentu untuk menyekat gejala ini dan mendidik masyarakat supaya lebih berbudi,” katanya.

Pensyarah Komunikasi UMS yang juga Penyelidik Politik Lee Kuok Tiung berkata, seruan yang wajar di alaf milennium baharu ini menyaksika­n erti penting telefon pintar dalam rutin harian setiap rakyat Malaysia.

Katanya, berita palsu yang disebarkan pastinya mengeliruk­an masyarakat sekaligus membawa kerugian sama ada duit, harta benda mahu pun kejayaan hidup masing-masing

“Kita perlu terima hakikat kadar literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah, sebab itu ramai yang masih mudah tertipu.

“Justeru, adalah menjadi tanggungja­wab kerajaan supaya melindungi orang awam daripada terus ditipu dengan melaksanak­an perundanga­n yang boleh membendung masalah ini daripada terus berleluasa,” katanya.

Lee berkata, langkah pengubalan undang-undang itu juga harus disertakan dengan usaha mendidik komuniti alam maya (netizen) supaya lebih bijak memilih dan menggunaka­n saluran media sosial yang betul.

“SKMM misalnya, perlu ada usaha menjalanka­n kempen untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi program Klik Dengan Bijak (KDB)/Click Wisely.

“Sebaik-baiknya terdapat silibus dalam mata pelajaran di sekolah yang turut menekankan usaha sedemikian,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Program Seni Kreatif UMS Dr Lokman Abdul Samad berharap usaha penggubala­n itu bukan hanya terhadap penyebaran berita palsu berkaitan politik dan agama, tetapi juga termasuk hal pelbagai melibatkan hak rakyat.

“Misalnya, pemalsuan data dan fakta juga termasuk dalam hal kepentinga­n awam seperti penipuan dalam pewartaan kandungan bahan pemakanan seperti kandungan gula berlebihan (40%) dalam minuman berkhasiat.

“Malah kerajaan Brunei tidak membenarka­n produk minuman kesihatan terbabit memasuki negara berkenaan disebabkan kandungan gula berlebihan.

“Sebagai alternatif, Brunei mengimport produk minuman tenaga dari Australia. Pemalsuan fakta sebegini harus dilabelkan sebagai penyebaran kepalsuan yang paling tinggi kerana boleh mengancam nyawa,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai turut bersetuju supaya mekanisme tertentu dapat diwujudkan bagi membendung penyebaran berita palsu dalam media sosial ekoran ia boleh memberi implikasi negatif kepada masyarakat dan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak barubaru ini mengatakan bahawa kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu dalam media sosial.

Katanya, penyebaran berita palsu itu bukan sahaja tidak bermoral malah boleh mengancam kestabilan politik serta ketenteram­an awam.

 ??  ?? HARYATI
HARYATI
 ??  ?? JASNI
JASNI
 ??  ?? LEE
LEE
 ??  ?? LOKMAN
LOKMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia