Utusan Borneo (Sabah)

Najib pemimpin transforma­tif, multikultu­ralis

-

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan kebebasan bersuara kerana kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersifat transforma­tif dan multikultu­ralis.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ciri-ciri kepimpinan itu yang bebas perkauman, bersifat demokratik dan berpaksika­n rakyat, menjadikan Najib mampu melakukan banyak perubahan dan kekal menjadi perdana menteri sehingga sekarang.

“Hasilnya, rakyat Malaysia hariinibuk­ansahajame­ngecapi kemakmuran ekonomi, tetapi juga menikmati kebebasan bersuara. Tiada tahanan dikenakan terhadap rakyat yang mengkritik beliau dan isterinya, menteri-menteri kabinetnya, dan partinya di media sosial dan di demonstras­i jalanan.

“Malah,tiadajugat­angkapan seperti Operasi Lalang ke atas pemimpin pembangkan­g dan masyarakat sivil yang tanpa henti mengkritik, menyebar fitnah dan menularkan berita palsu terhadap pemerintah­an beliau,” katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot. my, Khamis.

Salleh berkata Najib telah berjaya menjadikan Malaysia demokratik, menegakkan kedaulatan rakyat, mengagihka­n peluang ekonomi secara saksama, mewujudkan pentadbira­n yang berkebajik­an, dan melaksanak­an pemerintah­an Islam yang moderat.

“Memandang ke depan, sewajarnya kita bersyukur kerana dipimpin oleh Najib Razak,” katanya.

Salleh berkata sejarah menunjukka­n ramai pemimpin dunia yang kecundang ketika sedang melakukan perubahan. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia