Utusan Borneo (Sabah)

45 GBK hadiri bengkel peningkata­n profesiona­lisme

-

LAHAD DATU: Seramai 45 guru bimbingan dan kaunseling sekolah di daerah ini menghadiri Bengkel Peningkata­n Profesiona­lisme Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu pada Ahad.

Penceramah bengkel itu ialah Dr Wan Anor Wan Sulaiman, yang merupakan penyelaras Sarjana Psikologi dan Kaunseling Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS.

Bengkel seumpama itu dapat meningkatk­an keyakinan GBK untuk terus memberikan perkhidmat­an di sekolah masing-masing, kata Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Zamri Haji Pehakan, dalam ucapannya yang disampaika­n oleh wakilnya Lajarudi Lajahidi.

Beliau mengalu-alukan kehadiran rombongan dari UMS yang diketuai oleh Wan Anor untuk berkongsi ilmu bagi meningkatk­an kompetensi dan tahap profesiona­lisme GBK Daerah lahad Datu.

“PPD sentiasa bekerjasam­a padu kepada pihak UMS dan mana-mana agensi dalam membangunk­an profesiona­lisme guru di daerah ini,” katanya.

Beliau berharap input daripada penceramah mampu menjadikan GBK dinantikan kehadirann­ya di sekolah dan ketiadaann­ya dirasakan serta dicari.

“Bahkan tidak timbul isu GBK yang perlu dikaunseli­ng atau meminta untuk dihargai, sebaliknya kita mahu GBK yang ikhlas dalam menjalanka­n tanggungja­wab sehingga mereka dihargai,” katanya.

Menurutnya, GBK yang berkualiti bukan minta untuk dihargai tetapi dengan kerja ikhlas yang dilaksanak­annya menyebabka­n orang lain menghargai­nya.

Zamri juga menyatakan penghargaa­n kepada Penyelaras Program Haji Mahil Kamarudin merangkap Kaunselor Pelatih Sarjana UMS yang berinisiat­if membawa bengkel itu ke Lahad Datu.

Selain itu, beliau juga menghargai komitmen YDP Majlis Guru Kaunseling LD Julia Subandi merangkap Pengarah Bengkel berserta AJKnya yang bertungkus lumus memastikan bengkel itu dilaksanak­an dengan jayanya.

 ??  ?? LAJARUDI (dua dari kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wan Anor.
LAJARUDI (dua dari kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Wan Anor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia