Utusan Borneo (Sabah)

Majlis kesyukuran pada malam kedua Karnival Tahun Baharu Cina

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Majlis malam kesyukuran akan diadakan pada malam kedua Karnival Tahun Baharu Cina FCAS 2018 pada jam 6 petang 11 Februari di Padang Merdeka.

Manakala majlis makan malam kesyukuran akan diadakan di Dewan Port View Palace oleh Kapitan Lim Vun Chan.

Majlis itu akan dihadiri tetamu kehormat iaitu isteri Ketua Menteri Sabah, Puan Sri Hajah Faridah Hj Tussin, yang akan merasmikan majlis berkenaan.

Seramai 20 kanak-kanak talasemia akan dijemput sebagai tetamu istimewa pada Malam Kesyukuran Karnival Tahun Baharu 2018, anjuran bersamaole­hDewanBand­araya Kota Kinabalu (DBKK) dan Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS).

Perkara itu dinyatakan oleh pengerusi penganjur merangkap Naib Presiden 1 FCAS Datuk Susan Wong semasa mengetuai ahli jawatankua­sa penganjur mengadakan kunjungan hormat ke atas Faridah pada Khamis.

Turut hadir, Datin Mary Yong (isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Ooi Fah), Datin Rohayah Pawzy (isteri Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai) dan Puan Sri Joanne Ho (isteri Presiden FCAS Tan Sri TC Goh).

Susan berkata, penganjur menyasarka­n untuk melayani 160 warga emas dan 20 kanakkanak talasemia di majlis berkenaan, di mana Faridah akan turut mengagihka­n buah tangan dan paket merah kepada semua warga emas dan kanak-kanak talasemia.

Karnival Tahun Baharu Cina 2018 akan diadakan pada 10 hingga 14 Februari ini.

Acara kemuncak program pada Hari Kesyukuran adalah ‘lao sang’, persembaha­n kanakkanak talasemia, pertanding­an bakat belia, tarian singa, Prestasi Tari, persembaha­n kumpulan koir DBKK, Ratu Cheongsam dan pertanding­an nyanyian dalam kalangan juara.

 ??  ?? SUSAN dan Faridah (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur menunjukka­n poster Karnival Tahun Baharu Cina 2018. Turut kelihatan Mary Yong, Rohayah dan Joanne Ho.
SUSAN dan Faridah (tengah) bersama jawatankua­sa penganjur menunjukka­n poster Karnival Tahun Baharu Cina 2018. Turut kelihatan Mary Yong, Rohayah dan Joanne Ho.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia