Utusan Borneo (Sabah)

Niosh tawar pensijilan MSPO

Kepada industri sawit yang layak diberi pengiktira­fan

-

SANDAKAN: Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) bersedia menawarkan Pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) kepada industri sawit yang layak diberi pengiktira­fan di negeri ini.

Pengerusin­ya Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pensijilan itu merupakan satu bidang yang baharu diterokai oleh Pensijilan Niosh dan pelaksanaa­nnya telah mendapat sokongan penuh dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Niosh baru-baru ini.

Katanya, Niosh telah bersiap sedia untuk memberi khidmat iaitu latihan dan juga pensijilan bagi program MSPO.

“Bagi pihak Niosh, saya mahu tawarkan kepada industri sawit di Sabah dan juga seluruh negara bahawa Pensijilan Niosh akan memainkan peranan untuk program MSPO ini.

“Setakat ini, sebanyak enam syarikat di Semenanjun­g yang terlibat dalam industri sawit telah menerima pensijilan MSPO daripada Pensijilan Niosh. Untuk Sabah, kita bersedia untuk berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaa­n Pelanggan Niosh Sandakan 2018, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Lee berkata program latihan Sistem Pasport Keselamata­n yang dilaksanak­an oleh pihaknya akan diperluask­an kepada industri sawit di seluruh negara.

Katanya, sistem itu sebelum ini dilaksanak­an melibatkan industri lain dan kini diperluask­an kepada industri sawit memandangk­an industri berkenaan melibatkan tenaga kerja yang ramai.

Di bawah sistem itu, Niosh akan memberi latihan kepada pekerja dan kontraktor yang dilantik oleh mana-mana syarikat untuk bekerja di tempat mereka.

“Kontraktor mahu merekrut pekerja dan mereka ini boleh dilatih oleh Niosh. Kita kemudian akan mengeluark­an satu pasport keselamata­n untuk membolehka­n mereka masuk ke tempat kerja untuk melaksanak­an tugas.

“Ia akan dibuat melalui Program Induksi Keselamata­n. Melalui program ini, mereka akan diberi kesedaran selain ilmu pengetahua­n yang asas berkaitan undang-undang keselamata­n dan kesihatan pekerjaan agar mereka boleh bekerja dengan selamat dan sihat,” katanya.

Lee berkata, keselamata­n dan kesihatan pekerjaan sememangny­a merupakan satu perkara yang amat penting untuk semua industri dan ia memerlukan usaha, latihan, pendidikan serta kesedaran yang tinggi.

Sehubungan itu, Niosh akan terus bekerjasam­a rapat dengan semua agensi kerajaan terutama Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) serta manamana agensi yang boleh membantu Niosh ke arah mempromosi budaya kerja yang selamat dan sihat.

Bagi pihak Niosh, saya mahu tawarkan kepada industri sawit di Sabah dan juga seluruh negara bahawa Pensijilan Niosh akan memainkan peranan untuk program MSPO ini. Setakat ini, sebanyak enam syarikat di Semenanjun­g yang terlibat dalam industri sawit telah menerima pensijilan MSPO daripada Pensijilan Niosh. Untuk Sabah, kita bersedia untuk

” berbuat demikian.

 ?? Utusan Borneo. ?? LEE menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil
Utusan Borneo. LEE menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil
 ??  ?? TAN SRI LEE LAM THYE
Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh)
TAN SRI LEE LAM THYE Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh)
 ??  ?? LEE ketika sidang media selepas majlis berkenaan.
LEE ketika sidang media selepas majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia