Utusan Borneo (Sabah)

179 hakmilik terlibat pengambila­n tanah Lebuhraya Pan Borneo

-

KOTA KINABALU: Sebanyak 179 hakmilik (geran tanah) di daerah ini terlibat dengan pengambila­n tanah secara wajib bagi tujuan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Jumlah berkenaan adalah yang terlibat dalam Pakej Kerja 7 (WP7) yang merupakan sebahagian daripada pembinaan Jalan Pesisir Luar Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu Outer Ring Road (KKORR) dari Kg Ketiau di Putatan hingga ke Bulatan Berungis di Tuaran.

Pakej Kerja 7 sepanjang 9.9 kilometer bermula dari Inanam ke Sepanggar melibatkan Kg Pomotodon di Inanam serta Kg Tabilong, Kg Matadon, Kg Tebobon dan Kg Dambai di Manggatal.

Perkampung­an lain yang terlibat di sepanjang jajaran berkenaana­dalahKgPul­utan, Kg Nasai, Kg Mansiang, Kg Tagong, Kg Kaliangau dan Kg Matadan.

Sehubungan itu, satu sesi penyerahan notis pengambila­n tanah diadakan di Dewan Manggatal di sini pada Khamis kepada para pemilik yang terlibat.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n di sini pada Khamis, Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah berkata penyerahan notis itu adalah sebagai memenuhi peraturan perundanga­n berhubung pengambila­n tanah.

“Adalah menjadi prosedur perundanga­n bahawa notis pengambila­n tanah perlu disampaika­nkepadakes­emua pihak berkepenti­ngan dalam hakmilik.

“Justeru, Jabatan Tanah dan Ukur bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Borneo Highway PDP (BHP) Sdn Bhd menganjurk­an sesi ini untuk memberikan taklimat kepada pemilik tanah terlibat dengan projek Lebuhraya Pan Borneo dan juga menyampaik­an notis pengambila­n tanah,” menurut kenyataan itu.

Sesi taklimat dan penyerahan notis itu menyasarka­n 476 pemilik, bagi membolehka­n pihak BHP dan kontraktor yang dilantik memulakan kerja pembinaan.

Proses itu bermula pada 30 November lalu dan dilaksanak­an mengikut Seksyen 3 Ordinan Pengambila­n Tanah bagi maksud awam.

Pembinaan KKORR sepanjang 41.2 kilometer melibatkan tiga pakej kerja iaitu WP6 (Putatan-Inanam, 19.6km), WP7 (InanamSepa­nggar, 9.9km) dan WP8 (Sepanggar-Bulatan Berungis, 11.7km).

Pembinaan bagi Pakej Kerja 7 bermula pada 15 Januari tahun ini dan dijangka siap pada 14 Januari 2021.

Di majlis yang sama, notis pengambila­n tanah juga disampaika­n kepada pemilik tanah yang terlibat di jajaran Pakej Kerja 6 meliputi Kg Kawakaan, Kg Minintod, Kg Bantayan, Kg Tindai dan Kg Kitobu.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak JTU akan menghubung­i para pemilik yang tidak hadir atau mereka boleh datang ke Pejabat Tanah Kota Kinabalu untuk mengambil notis berkenaan.

 ??  ?? KETUA Penolong Pengarah Kanan (Penilaian) Jabatan Tanah dan Ukur Grace Chung menyampaik­an notis pengambila­n tanah kepada pemilik, diperhatik­an oleh Pengurus Kawasan (Pan Borneo) Jabatan Kerja Raya Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.
KETUA Penolong Pengarah Kanan (Penilaian) Jabatan Tanah dan Ukur Grace Chung menyampaik­an notis pengambila­n tanah kepada pemilik, diperhatik­an oleh Pengurus Kawasan (Pan Borneo) Jabatan Kerja Raya Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia