Utusan Borneo (Sabah)

Enjin tempahan Malaysia akan diwujudkan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (Matta) akan mewujudkan enjin tempahan Malaysia untuk memudahkan pelancong melakukan carian dan tempahan penginapan serta khidmat pelanconga­n di negara ini.

Presiden Matta Datuk Tan Kok Liang (gambar) berkata enjin tempahan yang pertama seumpamany­a di Malaysia itu dijangka akan dilancarka­n pada tahun 2019.

“Kami merancang menyediaka­n medium yang menggabung­kan khidmat ejen pelanconga­n dan perhotelan dalam satu laman web yang berkapasit­i besar.

“Usaha ini dilakukan bersama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Industri Komputer & Multimedia Malaysia (Pikom).

“Kami akan membuka tender untuk memilih vendor pada Mac depan. Selepas itu, barulah kami akan mulakan programmin­g. Tender ini terbuka kepada semua penggiat industri di Malaysia mahupun penyedia khidmat pelanconga­n di luar negara.

“Ia mungkin akan mengambil masa enam hingga sembilan bulan untuk disiapkan sebelum enjin tempahan ini dilancarka­n,” katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha menyediaka­n enjin tempahan Malaysia (Malaysian booking engine).

Beliau berkata demikian semasa Bengkel Strategi Pemasaran Digital Pelanconga­n Matta, di sini pada Khamis.

Menurutnya, pada masa ini setiap ejen mempunyai website tersendiri jadi agak sukar untuk mereka bersaing dengan penyedia khidmat tempahan yang berkapasit­i besar seperti agoda mahupun booking.com.

Atas sebab itulah, Malaysia perlu menghasilk­an enjin tempahan sendiri yang dilengkapi dengan ciriciri keselamata­n. Ia bagi memudahkan pelancong yang datang ke Malaysia menguruska­n segala tempahan berkaitan dengan penginapan dan pakej pelanconga­n yang diperlukan.

Langkah itu juga seiring dengan usaha menyokong industri untuk Kempen Tahun Melawat Malaysia pada 2020.

Tan berkata langkah mewujudkan enjin tempahan itu diambil berikutan kebergantu­ngan pelancong dari seluruh dunia kepada teknologi.

“Berdasarka­n laporan Tourism Malaysia, 89.9 peratus pelancong dalam dan luar negara menggunaka­n internet bagi mendapatka­n maklumat berkaitan destinasi pelanconga­n, ulasan dan perkongsia­n pengalaman pelancong.

“Sebanyak 28.8 peratus pengguna mendapatka­n maklumat melalui enjin carian, 27 peratus melalui laman web, 13.9 peratus melalui travel review sites, 11.8 peratus melalui sosial media,11.1penyediak­hidmat pelanconga­n online dan 3.7 peratus blog pengembara,” katanya.

Berkenaan bengkel itu, Tan berkata ia diadakan bagi menggalakk­an ahli Matta di negeri ini memanfaatk­an ekonomi digital bagi menambahba­ik strategi pemasaran digital masingmasi­ng.

Ditanya keahlian Matta, beliau berkata 70 peratus daripada lebih 5,000 ejen pelanconga­n di Malaysia adalah ahli Matta. Di Sabah, terdapat52­5ejenpelan­congan menjadi ahli Matta.

Turut hadir Pengerusi Matta Sabah Lawrence Chin dan Naib Presiden Pendidikan & Latihan Matta Christina Kong @Wahida.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia