Utusan Borneo (Sabah)

Tipu pakej percutian ke Korea, ibu anak tiga didakwa lagi

-

KUALA LUMPUR: Baru sahaja didakwa dua hari lalu di Mahkamah Petaling Jaya atas pertuduhan menyalahgu­nakan wang pakej percutian ke Korea lebihRM27,000,ibuanaktig­a didakwa lagi di Mahkamah Majistret Ampang pada Khamis bersama seorang rakannya atas pertuduhan serupa dan memperdaya dua individu berhubung pakej sama.

Wanita itu, Nor Farah Farhan Abdul Fattah, 36, dan rakannya Noraini Nordin, 62, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A.Raof.

Nor Farah Farhan yang memakai baju kurung biru pada mulanya tenang dan tersenyum sebaik wajahnya dirakam jurugambar ketika dibawa masuk ke bilik bicara, namun tiba-tiba dilihat terketar-ketar sambil memegang kerusi ketika pertuduhan dibacakan.

Wanita itu juga dilihat hampir terjatuh dan setelah selesai prosiding dan dibawa ke lokap, dia memberitah­u polis bahawa dia terasa mahu pitam.

Bagi pertuduhan pertama, Nor Farah Farhan dan Noraini didakwa bersamasam­a menyalahgu­nakan harta milik Che Ajar Mat, 46, iaitu wang berjumlah RM8,187 untuk pembayaran pakej pelanconga­n ke Korea di Cimb Pandan Indah, Ampang, di sini pada 6 petang, 14 Jan 2017.

Nor Farah Farhan turut didakwa dengan curangnya menyalahgu­nakan harta Sabariah Mohamed, 47, iaitu wang berjumlah RM3,620 dengan memindahka­n wang itu ke akaun Maybank atas nama Syarikat Azam Impian Resources untuk pembayaran pakej pelanconga­n ke Korea, di Apartment Seri Hijau, Ukay Perdana pada jam 5.25 petang, 2 Feb 2017.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukumanpen­jaramaksim­um lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Nor Farah Farhan juga dituduh menipu Noor Azah Aziz, 61, dengan memperdaya­kan mangsa sehingga mendorongn­ya memasukkan wang RM16,900 ke dalam akaun Maybankter­tuduhdi Lorong Mawar 1, Taman Maju Jaya, Jalan Cheras, di sini pada 11 malam, 30 Dis 2017. Pendakwaan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan wang jaminan berjumlah RM20,000 terhadap Nor Farah Farhan bagi tiga pertuduhan manakala RM10,000 ke atas Noraini yang menghadapi satu pertuduhan.

Peguam Muhd Aizat Fakri yang mewakili Nor Farah Farhan memohon jumlah itu dikurangka­n kerana anak guamnya kini tidak bekerja sejak ditahan polis manakala suaminya bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan dengan pendapatan RM3,000 sebulan serta menyara tiga anak termasuk seorang yang menghidap leukemia.

Mahkamah membenarka­n Nor Farah Farhan diikat jamin berjumlah RM10,700 bagi semua pertuduhan manakala Noraini yang tidak diwakili peguam dibenarkan diikat jamin RM5,000 masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mac dan 13 Mac untuk sebutan semula kesemua pertuduhan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia