Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam perlu ambil iktibar

Gerhana bulan tanda kekuasaan dan rahmat Allah

-

PUTATAN: Umat Islam di negeri ini perlu ambil iktibar terhadap kejadian tiga kombinasi fenomena bulan serentak untuk menjadi umat yang sentiasa mensyukuri nikmat dan rahmat Allah.

Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar berkata pelaksanaa­n program cerapan dan solat sunat gerhana bulan yang diadakan di Balai Cerap Al Biruni di sini adalah bagi mengajak umat Islam dan masyarakat sama-sama menghayati kejadian ciptaan Maha Esa.

“Rebutlah peluang menyaksika­n kejadian tiga kombinasi fenomena bulan yang hanya berlaku setiap 150 tahun ini dengan penuh rasa ketakwaan dan keinsafan.

“Peluang ini tidak harus dipersiaka­n kerana hadirnya pada ratusan tahun akan datang dan saya bersyukur kerana malam ini ramai masyarakat yang hadir bagi menyaksika­nnya di sini,” ujarnya.

Kata beliau, selain menyaksika­n, program ini turut mengajak masyarakat sedar dan faham bahawa kejadian ini adalah salah satu keagungan dan kekuasaan Allah SWT.

Bungsu berkata demikian selepas menyampaik­an khutbah solat sunat gerhana bulan dan turut bersama masyarakat setempat menyaksika­n fenomena berkenaan di balai cerap Al Biruni, Tanjung Dumpil, di sini, malam Rabu.

Pengunjung, bakal guru dari Institut Perguruan (IPG) Kampus Kent, Tuaran, Mohd Farhan Khairuddin merasakan diri amat bertuah kerana dapat menyaksika­n sendiri fenomena yang hanya berlaku ratusan tahun ini.

“Saya merasa kagum melihat fenomena ini, walaupun terdapat rintangan untuk saya dan rakan-rakan sampai ke balai cerap ini tetapi kami tetap hadapi bagi menyaksika­n kejadian fenomena berkenaan,” jelasnya.

Manakala seorang lagi pelajar IPG Kent, Ainin Sofiya Mohd Hadi bersyukur kerana dapat menyaksika­n fenomena itu kerana selama ini kejadian itu hanya diketahui melalui bacaan tapi malam berkenaan dapat melihat sendiri bagaimana ia berlaku.

“Melihat kejadian gerhana ini memberikan saya kefahaman bagaimana proses berlakunya kombinasi tiga fenomena bulan yang berlaku ratusan tahun dan pengalaman ini tentunya akan saya kongsi bersama rakan-rakan serta pelajar yang lain,” katanya.

Kira-kira lebih 100 penduduk setempat hadir menyaksika­n keajaiban fenomena berkenaan.

Pada program itu, orang ramai yang menyaksika­nnya mendapat maklumat yang dijelaskan dengan tepat oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Ustaz Mohd Jumat Abdul Rajak yang bertugas menerangka­n setiap proses kejadian itu sehingga mencapai gerhana bulan penuh.

Sentuhan pertama gerhana bulan iaitu fasa penumbra berlaku pada jam 6.51 petang, manakala bagi fasa umbra ia berlaku pada jam 7.48 malam dan fasa kemuncak iaitu bulan penuh pada jam 9.29 malam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Datuk Dr Mohd Noor Isa dan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempada­nan) Dr Azhari Mohamed.

 ??  ?? JURUTEKNIK Petronas Roslan Sabirin bersama keluarga tidak melepaskan peluang menyaksika­n fenomena sekali dalam ratusan tahun itu. (Gambar Kanan) Bungsu (tengah) turut bersama menyaksika­n fenomena berkenaan.
JURUTEKNIK Petronas Roslan Sabirin bersama keluarga tidak melepaskan peluang menyaksika­n fenomena sekali dalam ratusan tahun itu. (Gambar Kanan) Bungsu (tengah) turut bersama menyaksika­n fenomena berkenaan.
 ??  ??
 ??  ?? GERHANA bulan penuh yang sempat dirakamkan oleh jurufoto Japen.
GERHANA bulan penuh yang sempat dirakamkan oleh jurufoto Japen.
 ??  ?? MOHD FARHAN
MOHD FARHAN
 ??  ?? AININ SOFIYA
AININ SOFIYA
 ??  ?? USTAZ Jumat memberi penerangan setiap proses di sepanjang fenomena gerhana itu.
USTAZ Jumat memberi penerangan setiap proses di sepanjang fenomena gerhana itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia