Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki dakwa minum kopi terus badan panas dan pengsan

-

GEORGE TOWN: Dua pengawal keselamata­n yang menjadi mangsa selepas minum sejenis kopi pracampura­n bukan sahaja mengalami gejala letih serta lemah yang teruk malah tidak sedarkan diri selepas meminum minuman berkenaan pada Selasa.

Dua lelaki warga Nepal itu yang bertugas di sebuah bangunan komersial di Pulau Tikus, di sini mendakwa seorang rakan wanita yang bekerja di premis yang sama memberikan kopi berkenaan kepada mereka.

Sapkota Mangal Prasad, 45, berkata dia dan rakannya Bishnu Shrestna, 41, tidak pernah minum minuman kopi pracampura­n 4 dalam 1 perisa durian itu sebelum ini dan mencubanya selepas diberikan wanita berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa.

“Kami ambil kopi itu dan terus membancuhn­ya sebelum meminumnya, tidak sampai lima minit selepas minum air kopi berkenaan saya rasa badan sangat panas, loya dan kepala terus sakit.

“Saya juga meronta-ronta seperti kena sawan sebelum tidak sedarkan diri dan hanya sedar ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Konsul Jeneral Nepal di Pulau Pinang, Datuk Huan Cheng Guan di HPP di sini, Khamis.

Sap kot ayang bekerja di Pulau Pinang sejak empat tahun lepas dan fasih berbahasa Malaysia berkata mereka bernasib baik kerana gejala yang dialami itu tidak mengancam nyawa dan semakin pulih sekarang ini.

Rakannya, Bishnu berkata semasa kejadian, terdapat empat pegawal keselamata­n sedang bertugas namun hanya dia dan Sapkota sahaja yang minum air kopi itu sebelum mengalami gejala berkenaan.

“Saya rasa mahu muntah tapi tidak muntah dan memang terus rasa letih serta macam hendak pengsan lepas minum air kopi itu, waktu itu hanya ingat keluarga di Nepal dan mati saja,” katanya.

Dia mengucapka­n terima kasih kepada rakan sekerja yang terus membawa mereka ke HPP sejurus kejadian itu kerana jika lambat, mungkin keadaan mereka akan lebih teruk.

Sementara itu Huan berkata beliau dimaklumka­n keadaan kesihatan dua lelaki warga Nepal berkenaan semakin baik dan kemungkina­n akan dibenarkan keluar daripada HPP dalam masa terdekat.

Huanberhar­ap Kementeria­n Kesihatan dapat menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kejadian itu dan mendedahka­n hasil siasatan sama ada kopi berkenaan mengandung­i bahan kimia terlarang atau sebaliknya.

“Pihak Konsul Jeneral Nepal akan memantau keadaan dua pengawal keselamata­n dan setakat ini saya tengok keadaan mereka semakin baik serta sudah boleh bercakap berbanding sebelum ini,” katanya. Tinjauan Bernama di George Town beberapa mendapati pasar raya yang menjual kopi pracampura­n itu telah menghentik­an penjualan kopi berkenaan dan bungkusann­ya juga sudah tiada di rak barangan selepas kejadian yang menimpa dua pengawal keselamata­n tersebut menjadi tular di laman sosial facebook.

Lima individu termasuk dua wanita telah mendapatka­n rawatan di HPP selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk selepas dipercayai minum sejenis kopi sejak Ahad hingga Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia