Utusan Borneo (Sabah)

Program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa lahir tenaga mahir berkualiti

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Program Peneraju Skil Iltizam Terapi Spa yang dikendalik­an oleh Excellence Skill Academy (ESA) melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan berkualiti setaraf institusi lain mengikut keperluan masa kini.

PengurusES­AStellaMat­uya berkata kursus-kursus yang ditawarkan juga diiktiraf oleh agensi berkaitan selain mampu menjana pendapatan yang lumayan.

“Kita menawarkan peluang kepada belia yang mempunyai minat ke arah skill vokasional atau kemahiran sebagai satu kerjaya yang boleh menjana pendapatan tinggi.

“Hal ini terbukti melalui pendapatan tertinggi pelatih yang menjalanka­n praktikal industri ini yang boleh mencapai RM3,200 sebulan tidak termasuk tips yang mereka dapat sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmat­an mereka,” katanya pada Majlis Graduasi Ke-4 Program Peneraju Skill Iltizam Terapi Spa ESA, di sini.

Stella berkata, tenaga pengajar ESA turut menggunaka­n sistem pembelajar­an berteraska­n ‘learning-centered’ yang mana,konsentras­isepenuhny­a diberikan kepada pelatih bagi memastikan mereka dapat melaksanak­an tugas dengan bersungguh-sungguh.

Selainitu,pendekatan­sistem ‘learning organizati­on’ juga dipraktikk­an bagi melahirkan tenaga kerja yang bukan hanya mahir tetapi berpengeta­huan luas.

“Kami juga menekankan prinsip ‘Continuing Profession­al Developmen­t’ dalam menstruktu­r silibus pembelajar­an supaya pelatih terus belajar dan mendalami bidang ini setelah bekerja di industri,” katanya.

Yayasan Peneraju berjaya memberi manfaat lebih 20,000 bumiputera menerusi program dalam bidang akademik, kemahiran mahupun profesiona­l sejak mula beroperasi enam tahun lalu.

Visi utama ESA pula adalah untuk memartabat­kan kualiti industri kecantikan, dandanan rambut dan terapi spa melalui pendedahan, pendidikan dan latihan unggul dan kompetetif serta berdaya saing bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabang­sa.

Majlis yang berlangsun­g sehari itu meraikan 51 graduan yang berjaya menamatkan kursus serta latihan kerja di industri mereka selama enam bulan sejak April tahun lalu.

 ??  ?? GRADUAN ESA merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Graduasi Ke-4 Program Peneraju Skill Iltizam Terapi Spa ESA.
GRADUAN ESA merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Graduasi Ke-4 Program Peneraju Skill Iltizam Terapi Spa ESA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia