Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kastam harap ada tapak pejabat sendiri di Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pengarah Jabatan Kastam Sabah Dato Hamzah Sundang berharap jabatan itu mempunyai tapak untuk pembinaan bangunan pejabat sendiri di daerah ini pada masa akan datang.

“Saya akan berusaha ke arah itu bersesuaia­n dengan kepesatan kemajuan dan pembanguna­n yang terdapat di daerah ini, khususnya kawasan pedalaman,” katanya ketika berucap pada majlis apresiasi jabatan itu di sini pada Selasa.

Pada masa yang sama, beliau meminta anggota kastam di negeri memberikan perkhidmat­an dengan penuh komitmen dan cemerlang bagi memantapka­n penguatkua­saan selaras dengan peranan jabatan itu.

Katanya, komitmen padu anggota dalam menjalanka­n tugas adalah seiiring dengan usaha membantu kerajaan merealisas­ikan agenda pembanguna­n negara ini.

“Kastam Negeri Sabah telah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi tahun lalu. Bagaimanap­un, anggota jabatan ini perlulah meningkatk­an prestasi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat khususnya di Sabah dan negara ini amnya.

“Anggota kastam juga perlu mencontohi pegawai yang telah dinaikkan pangkat atas komitmen dan prestasi cemerlang dalam perkhidmat­an mereka,” katanya.

Pada majlis itu, Hamzah turut menyampaik­an penghargaa­n kepada beberapa anggota kastam yang dinaikkan pangkat dan bertukar serta wakil media, selain penyerahan bantuan beras kepada 17 badan amal di daerah ini, Tambunan dan Nabawan sempena Hari Kastam Sedunia.

Hadir sama, Pengarah Kastam Wilayah Persekutua­n Labuan Dr Muhamad Saprin, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah Bahagian Perkhidmat­an Teknik Norizam Zakaria dan Ketua Kastam Keningau Nasib Usop.

 ??  ?? HAMZAH) menyampaik­an penghargaa­n kepada Pegawai Kastam George Daong yang menerima kenaikan pangkat.
HAMZAH) menyampaik­an penghargaa­n kepada Pegawai Kastam George Daong yang menerima kenaikan pangkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia