Utusan Borneo (Sabah)

SK Petagas akan tambah 22 bilik darjah

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas akan menambah sebanyak 22 bilik darjah baharu bagi menampung keperluan murid di sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Bahagian Umno Putatan Datuk Arsit Sedi berkata, jumlah bilik darjah itu turut melibatkan satu makmal sains.

“Kerja pembinaan bangunan baharu ini akan dimulakan selepas perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

“Saya percaya bilik-bilik darjah baharu ini akan mampu menampung lebih 900 pelajar di sekolah ini,” katanya selepas menyempurn­akan Program Bantuan Kerajaan Awal Persekolah­an SK Petagas 2018, di sini pada Khamis.

Bantuan berbentuk wang tunai RM100 diharapkan akan digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa bagi membeli peralatan persekolah­an anak masing-masing.

Arsit berkata, bantuan itu adalah sumbangan ikhlas kerajaa kerajaan bagi mengurangk­an beban ibu bapa dalam perbelanja­an persekolah­an anak-anak.

“Hari ini, seramai 654 murid di sini menerima bantuan berkenaan yang mana, mereka terdiri daripada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

“Selain itu, murid-murid juga adalah warga negara Malaysia yang mana kedua ibu bapa mereka adalah orang tempatan.

“Murid-murid yang salah satu ibu atau bapanya bukan warga tempatan tidak layak menerima bantuan itu,” katanya.

Beliau juga menyeru agar para ibu bapa terus memberikan sokongan penuh kepada kerajaan agar bantuan seumpamany­a dapat diteruskan pada masa hadapan.

 ??  ?? ARSIT menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
ARSIT menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? ARSIT (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan ketika meninjau sesi penyampaia­n bantuan itu.
ARSIT (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan ketika meninjau sesi penyampaia­n bantuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia