Utusan Borneo (Sabah)

Status Facebook berbaur fitnah burukkan imej PDRM dikesan

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu kenyataan berunsur fitnah di media sosial Facebook yang cuba memburukka­n imej pasukan keselamata­n negara itu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad berkata status di media sosial itu dimuat naik oleh satu akaun yang menggunaka­n nama dan gambar profil seorang bekas pemimpin.

“Kenyataan (status) itu dimuat naik bersama gambar dua buah kenderaan yang kononnya digunakan oleh pasukan PDRM. Kami ingin menjelaska­n bahawa kedua-dua buah kenderaan itu, digunakan oleh satu syarikat perfileman yang sedang membuat pengambara­n filem bertajuk ‘The Original Sin’ di sekitar Putrajaya.

“Filem yang mengisahka­n tentang kehidupan seorang pegawai polis di bandaraya rekaan dan filem ini adalah untuk tayangan atau pasaran di China,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata PDRM memandang serius dakwaan dan persoalan yang dibangkitk­an di laman sosial itu kerana ia jelas sekali berniat serong dan membangkit­kan persepsi negatif terhadap agensi kerajaan.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatk­an agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang status tanpa terlebih dahulu mendapatka­n maklumat sahih kerana ia boleh membawa implikasi yang negatif,

Asmawati berkata pengguna seharusnya menjadi pengguna berhemah, bertanggun­gjawab serta tidak menyalahgu­nakan mana-mana media sosial untuk menyebarka­n isu-isu yang boleh membangkit­kan kegusaran masyarakat.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak menyalahgu­nakan gambar orang-orang kenamaan sebagai profil akaun media sosial mereka untuk mempromosi­kan agenda tersendiri.

Pada Rabu, di media sosial telah tular dua kenderaan yang kononnya digunakan pasukan keselamata­n itu sehingga menimbulka­n tanggapan negatif terhadap PDRM.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia