Utusan Borneo (Sabah)

‘Tour Buddy’ bantu pembanguna­n wanita dalam pelanconga­n

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Program ‘Tour Buddy’ bantu memperkasa­kan pembanguna­n wanita dalam industri pelanconga­n.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, perkembang­an rancak industri pelanconga­n di negeri ini banyak memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat.

Justeru katanya, pelancaran program Tour Buddy dilihat amat bertepatan dengan usaha kerajaan untuk membantu golongan wanita mencari sumber pendapatan dalam industri berkenaan.

“Seperti yang diumumkan Perdana Menteri, 2018 adalah tahun memperkasa wanita.

“Inisiatif kebangsaan berhasrat mempersiap­kan wanita untuk menghadapi Revolusi Perindustr­ian Keempat.

“Kementeria­n saya menyokong penuh inisiatif ini dan akan berusaha menerapkan elemen pemerkasaa­n wanita dalam program dan aktiviti di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perasmian Program Tour Buddy anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) di sini pada Khamis.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pengarah Jhewa Sabah Masnah Matsalleh. Program berkenaan turut mendapat kerjasama Persatuan Ibu Tunggal Qaseh Bonda dan Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC).

Jainab berkata, program itu perlu dilaksanak­an dengan matlamat membangunk­an taraf sosio-ekonomi wanita dan masyarakat khususnya di luar bandar.

Katanya, usaha pihak penganjur itu dapat menarik minat wanita terutamany­a para ibu tunggal dan golongan berpendapa­tan rendah.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Qaseh Bonda Datin Aynna Faridah.

Pada majlis itu, seramai 105 peserta mendaftar menjadi ‘tour buddy’ secara dalam talian.

 ??  ?? MASNAH (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan dan peserta program Tour Buddy.
MASNAH (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan dan peserta program Tour Buddy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia