Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan BN ikhlas bela rakyat

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) ikhlas membantu dan membela nasib rakyat di negara ini.

Katanya, perjuangan BN dalam membantu rakyat bukanlah direka-reka tetapi berada di landasan yang betul dan komited bagi kesejahter­aan rakyat.

“BN komited bangunkan rakyat dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan dan ekonomi bagi memastikan taraf hidup penduduk di luar bandar terus meningkat,” katanya semasa berucap merasmikan Karnival Sukan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Tenom di padang pekan di sini pada Khamis.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Tenom berkata, BN yang ditunjangi Umno terus berjuang untuk membela nasib rakyat secara berterusan.

“Tidak seperti sebaran media sosial daripada pihak pembangkan­g yang negatif tentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman,” katanya.

Raime berkata, pembangkan­g cemburu dengan kemampuan BN yang telah terbukti berupaya mentadbir negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama ini dengan aman dan damai.

Lantaran itulah, pihak pembangkan­g menaburkan isu-isu negatif yang menimbulka­n kemarahan rakyat kepada BN.

Dalam masa yang sama, beliau berkata kesungguha­n BN dalam mempertaha­nkan Sabah salah sebuah negeri yang berdaulat di Malaysia daripada apa juga tuntutan mana-mana pihak termasuk Filipina perlu diambil perhatian oleh rakyat di negeri ini.

“Justeru, pertahanka­n BN yang sudah terbukti dapat membela nasib rakyat,” katanya.

Raime juga meminta rakyat di kawasan itu mengekalka­n momentum BN Tenom bagi mengkekalk­an kerusi Parlimen Tenom dan kerusi DUN Kemabong dan Melalap milik BN pada PRU-14.

Mengenai dengan karnival itu, beliau berkata ia memberi manfaat kepada semua masyarakat di kawasan itu termasuk untuk kesihatan dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Hadir sama, Ketua Wanita Umno Tenom Datuk Rahmahjan Suliaman Khan, Pegawai Daerah Madiyem Layapan dan Ketua Pemuda Umno Tenom yang juga Ketua Penerangan Exco Pemuda Umno Malaysia Jamawi Jaafar.

 ??  ?? AHLI Jawatankua­sa Umno Tenom dan juga penganjur program itu bergambar bersama Rahmahjan (tengah).
AHLI Jawatankua­sa Umno Tenom dan juga penganjur program itu bergambar bersama Rahmahjan (tengah).
 ??  ?? RAIME (tiga) kanan memulakan acara pertanding­an tarik tali, salah satu acara dalam karnival itu. Turut kelihatan Rahmahjan (dua kanan) dan Madiyem (kanan).
RAIME (tiga) kanan memulakan acara pertanding­an tarik tali, salah satu acara dalam karnival itu. Turut kelihatan Rahmahjan (dua kanan) dan Madiyem (kanan).
 ??  ?? RAIME cuba menyumpit belon. Acara itu salah satu sukan dalam karnival itu.
RAIME cuba menyumpit belon. Acara itu salah satu sukan dalam karnival itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Azizah.
SEBAHAGIAN yang hadir merakamkan gambar kenangan bersama Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia