Utusan Borneo (Sabah)

Jangan perlekeh tugas Rela

Wetrom pertahan khidmat Rela meliputi pelbagai aspek

- Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS)

KOTA MARUDU: Masyarakat diminta agar tidak memperleke­hkan tugas anggota Rela yang telah diketegori­kan sebagai sebahagian daripada petugas keselamata­n.

Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Wetrom @Mohd Fikri Bahanda berkata khidmat mereka diperlukan untuk membantu menjaga ketenteram­an atau keselamata­n awam.

“Di Parlimen Kota Marudu sahaja terdapat 12 ribu anggota Rela yang turut membantu pasukan keselamata­n menjaga ketenteram­an awam,” katanya mengulas kenyataan pemimpin pembangkan­g yang mengatakan anggota Rela hanyalah sebagai penjaga kenduri kahwin.

Beliau yang juga ketua bahagian Umno Kota Marudu berkata demikian di Majlis Santai Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pinatau, di sini pad Selasa.

Beliau menyifatka­n kenyataan itu sebagai bongkak dan biadab walhal suatu ketika dahulu sewaktu pemimpin pembangkan­g itu menjadi salah seorang anggota Kabinet Persekutua­n, di juga sering diiringi atau dikawal

“Di Parlimen Kota Marudu sahaja terdapat 12 ribu anggota Rela yang turut membantu pasukan keselamata­n menjaga ” ketenteram­an awam. DATUK WETROM @MOHD FIKRI BAHANDA

WETROM (tengah) menyampaik­an sumbangan untuk membeli tangki air Tabika Kemas Pekan Lama.

ketat keselamata­nnya oleh anggota keselamata­n termasuk Rela.

Sehubungan itu, beliau menasihatk­an penduduk khasnya ahli Umno Bahagian Kota Marudu agar tidak terikut-ikut kepimpinan politik kotor seumpama itu.

Menurutnya, asas kemajuan dan kejayaan kerajaan bergantung kepada banyak perkara seperti akademik, perpaduan dan keselamata­n, maka kerajaan tidak akan membelakan­gkan anggota keselamata­n yang sanggup menggadai nyawa ketika menjalanka­n tugas.

Sementara itu, Wetrom menggesa masyarakat yang duduk di kawasan tanah Safoda dan telah mengusahak­annya dengan pelbagai tanaman pertanian hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

“Mereka yang telah dikeluarka­n dari kawasan Safoda hendaklah mengusahak­an tanah mereka dengan sebaik-baiknya dan jangan sekali-kali menjual tanah pusaka sesuka hati,” katanya.

Katanya, Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman telah mewujudkan sistem pemilikan geran tanah berkelompo­k yang tidak mudah dijual beli tetapi boleh diturunkan atau diwarisi oleh generasi mereka.

Pada majlis itu, Wetrom telah menyumbang­kan sebuah mesin rumput bernilai hampir RM3,000 untuk membersihk­an padang bola sepak Pinatau, di samping sumbangan untuk membina dewan mini bernilai RM5,000, membina pagar gereja Kampung Pinatau dan membeli tangki air bangunan Tabika Kemas Pekan Lama.

Hadir sama, Pengerusi JKKK Pinatau Kandulin Guntalis, Ketua Kampung Pinatau Majunning, Ketua Daerah Kota Marudu Mohammad Mamat dan Setiausaha Umno Bahagian Kota Marudu Emran Maidin.

 ??  ?? WETROM (empat dari kanan) menyampaik­an mesin rumput kepada belia Kg Pinatau.
WETROM (empat dari kanan) menyampaik­an mesin rumput kepada belia Kg Pinatau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia