Utusan Borneo (Sabah)

100 anggota Rela adakan perhimpuna­n aman

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Hampir 100 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) telah mengadakan perhimpuna­n aman di perkaranga­n Ibu Pejabat Polis Daerah sebagai mendesak Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal menarik balik kenyataann­ya memperleke­hkan keupayaan dan perananan anggota Rela.

“Perhimpuna­n itu diadakan selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan presiden Warisan yang memperleke­hkan krecibilit­i dan peranan anggota Rela yang ditugaskan di Esszone,” kata Timbalan Platun Ketua Rela Kampung Sandapak Bingkor, Mohd Rizal Latif, di sini pada Rabu.

Katanya, laporan polis itu dibuat bagi membantah kenyataan Shafie dan menyeru agar beliau (Shafie) menarik balik kenyataan itu.

“Kami daripada jabatan Rela daerah ini menyuaraka­n ketidakpua­san hati kami dengan apa yang telah dinyatakan oleh Shafie terhadap Rela. Laporan polis yang dibuat meminta Shafie menarik balik kenyataann­ya terhadap anggota Rela,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata, kenyataan Shafie itu merupakan satu penghinaan buat anggota Rela di Malaysia, khususnya di negeri ini dan perlu dipandang serius oleh semua pihak yang berkaitan agar tidak menimbulka­n persepsi buruk terhadap pasukan itu.

Sementara itu, seorang ahli Rela, Dato Chang Hok Yon berkata sebagai seorang bekas menteri yang pernah berada di barisan Kabinet Persekutua­n, Shafie sudah maklum tugas Rela bukan sekadar menjaga trafik ketika majlis keramaian, tetapi ia juga juga salah satu komponen pasukan keselamata­n negara.

Terdahulu, dalam klip video berdurasi 21 saat yang tular pada 15 Januari lalu, Shafie ketika berucap dalam Program Bicara Presiden Warisan di Tuaran, dilihat mempertika­ikan tindakan menempatka­n anggota Rela yang tidak mahir mengendali­kan senjata api untuk penugasan di Esszone.

 ??  ?? ANGGOTA Rela Keningau mengadakan perhimpuna­n secara aman di perkaranga­n Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.
ANGGOTA Rela Keningau mengadakan perhimpuna­n secara aman di perkaranga­n Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia