Utusan Borneo (Sabah)

TID Gimnastik Sandakan disambut hangat

Kehadiran dua ikon sukan gimnastik negara Farah Ann, Ili Iliana beri motivasi kepada peserta

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sambutan hangat menyaksika­n kehadiran 106 pelatih muda menyertai Program Pencarian Bakat Baharu (TID) Sukan Gimnastik Artistik 2018 yang berlangsun­g di Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Sandakan hujung minggu lalu.

Progam dua hari yang berakhir Ahad itu dianjur oleh Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Gimnastik Daerah Sandakan (PGDS).

Menjayakan lagi program itu ialah kehadiran dua ikon sukan gimnastik negara iaitu Farah Ann Abd Hadi dan Ili Iliana Azmi yang didatangka­n khas untuk membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.

Majlis penutupan program itu telah disempurna­kan oleh penolong pengarah (pembanguna­n sukan) MSNS Allisa Alha dengan disaksikan oleh timbalan presiden PGDS; Connie Jay serta jurulatih Program Pelapis Negeri; Zamri Din.

“Selain mencungkil dan mengenalpa­sti bakat-bakat baharu, program itu juga bertujuan mempromosi sukan gimnastik khususnya untuk anak-anak muda di daerah Sandakan.

“Kami percaya Sandakan menyimpan ramai bakatbakat berpotensi yang boleh digilap bukan sahaja untuk mewakili Sabah menyertai kejohanan peringkat kebangsaan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) tetapi juga mewakili negara ke kejohanan peringkat lebih tinggi lagi,” jelas Allisa dihubungi Khamis.

“Kehadiran dua ikon negara iaitu Farah Ann dan Ili Iliana benar-benar menyuntik kejayaan program ini, mereka telah menurunkan banyak ilmu bukan sahaja rahsia latihan tetapi juga aspek psikologi semasa bertanding.

“Pengalaman yang mereka (Farah dan Ili) kongsikan bersama, sangat-sangat berharga. Kita berharap para pelatih gimnastik negeri ini akan berusaha lebih gigih dan mengikuti tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan untuk menjadi seorang atlet yang berjaya dan cemerlang di masa hadapan,” tambah beliau.

“Program TID ini merupakan program tahunan yang diadakan dari masa ke semasa dengan pemantauan MSNS. Program ini bukan sahaja dijalankan untuk sukan gimnastik, tetapi juga untuk semua persatuan-persatuan sukan naungan MSNS.

“Atlet yang berbakat akan diserap ke dalam senarai pelatih pelapis negeri dibawah Program Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Sabah,” kata Allisa.

 ??  ?? TETAMU Kehormat, para pegawai, instruktur, pelatih dan ibu bapa merakamkan kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Program Pencarian Bakat Baharu (TID) Sukan Gimnastik Artistik 2018 di Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Sandakan pada Ahad.
TETAMU Kehormat, para pegawai, instruktur, pelatih dan ibu bapa merakamkan kenangan beramai-ramai selepas berakhirny­a Program Pencarian Bakat Baharu (TID) Sukan Gimnastik Artistik 2018 di Dewan Gimnastik, Kompleks Sukan Sandakan pada Ahad.
 ??  ?? FARAH Ann begitu mesra dengan para pelatih yang menyertai TID Gimnastik Sandakan.
FARAH Ann begitu mesra dengan para pelatih yang menyertai TID Gimnastik Sandakan.
 ??  ?? FARAH Ann dan Ili Iliana menurunkan autograf kepada para peminat.
FARAH Ann dan Ili Iliana menurunkan autograf kepada para peminat.
 ??  ?? ALLISA (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ili Iliana.
ALLISA (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Ili Iliana.
 ??  ?? ALLISA (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Farah Ann.
ALLISA (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Farah Ann.
 ??  ?? SALAH Seorang pelatih bersama Farah Ann (kiri) dan Ili
SALAH Seorang pelatih bersama Farah Ann (kiri) dan Ili
 ??  ?? FARAH Ann (kiri) dan Ili Iliana (kanan) bersama antara pelatih elit daerah Sandakan.
FARAH Ann (kiri) dan Ili Iliana (kanan) bersama antara pelatih elit daerah Sandakan.
 ??  ?? PARA peserta sedang mengikuti ujian fizikal.
PARA peserta sedang mengikuti ujian fizikal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia