Utusan Borneo (Sabah)

Pembanguna­n sukan bermula di sekolah

Sekolah perlu laksana pendekatan sekolah berwatak berdasarka­n kebitaraan

- Oleh SALMAN ABADI

“Aktiviti sukan dan kokurikulu­m amat penting bukan sahaja untuk pembanguna­n fizikal dan sahsiah pelajar, malah ia juga merupakan medium perpaduan masyarakat di samping melahirkan individu pelajar yang sihat, ” cergas fizikal dan cerdas mindanya. ABDULLAHSH­IP ABD. WAHID Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Beluran

BELURAN: Pembanguna­n sukan di negeri ini bermula di peringkat sekolah melalui kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) melalui Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSS).

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Abdullahsh­ip Abd. Wahid berkata, sekolah berperanan penting untuk mengenalpa­sti dan mencungkil bakat serta kecenderun­gan seseorang pelajar dalam sesuatu jenis sukan.

Katanya, penglibata­n pelajar dalam kegiatan sukan dan kokurikulu­m amat penting dan terus diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan masa kini, selaras dengan konsep ‘kemenjadia­n murid’ dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan penutupan Kejohanan Sepak Takraw MSS daerah Beluran 2018 yang dikelolaka­n oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nangka, di Dewan Serbaguna Beluran, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pelajar berpotensi yang telah dikenal pasti dalam sesuatu jenis sukan perlu terus digilap, diberi bimbingan dan latihan berterusan untuk melahirkan jaguh sukan yang disegani dan boleh mengharumk­an nama sekolah, daerah, negeri dan seterusnya ke peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Mengulas lanjut, katanya, pada masa kini kepentinga­n kegiatan sukan dan kokurikulu­m semakin disedari masyarakat umum khasnya para ibu bapa kerana semua aktiviti sukan atau kokurikulu­m adalah sebahagian daripada proses pendidikan.

Katanya, semua penglibata­n aktif dan pencapaian pelajar dalam apa jua aktiviti di luar bilik darjah akan diambil kira dalam penilaian untuk Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) di sekolah rendah dan menengah.

Selain itu, katanya pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) turut melaksanak­an dasar ‘1 Murid 1 Sukan’ sejak tahun 2011 lagi dalam usaha memastikan semua murid atau pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Abdullashs­ip berkata, pihak pengurusan tertinggi JPN Sabah melalui Ketua Penolong pengarah (KPP) Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) menyaranka­n pihak sekolah agar melaksanak­an pendekatan sekolah berwatak berdasarka­n kebitaraan yang sesuai dengan keadaan dan persekitar­an sekolah masingmasi­ng.

Selaras dengan itu, katanya, setiap sekolah harus membudayak­an kecemerlan­gan bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dalam sukan dan kokurikulu­m ke arah mencapai matlamat sekurang kurangnya‘ satu sekolah satu atlet’ bermula 2018.

Beliau berkata, aktiviti sukan dan kokurikulu­m amat penting bukan sahaja untuk pembanguna­n fizikal dan sahsiah pelajar, malah ia juga merupakan medium perpaduan masyarakat di samping melahirkan individu pelajar yang sihat, cergas fizikal dan cerdas mindanya.

Dalam konteks sukan sepak takraw katanya, daerah Beluran merupakan johan keseluruha­n acara berpasukan sempena Sukan Sabah (Saga) di Sandakan tahun lalu (2017).

“Ini menunjukka­n pelajar di daerah Beluran walaupun berada di kawasan pedalaman, namun masih mampu bersaing dan meraih kejayaan di pentas sukan tertinggi di Sabah,” katanya sambil menjelaska­n para pemain yang mewakili Saga Beluran adalah juga produk yang bakatnya digilap di peringkat sekolah (MSS).

Pada kejohanan itu, regu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan B muncul bagi kategori bawah 18 tahun selepas mengutip 9 mata.

Naib johan dimenangi regu SMK Balaban Jaya (8 mata) dan tempat ketiga ialah regu SMK Simpangan A (6 mata), diikuti regu SMK Beluran II dan SMK Beluran A dan B.

Regu SMK Simpangan B menjuarai kategori itu selepas menewaskan lawan yang ditemui dengan kemenangan 2 – 0, dan seri 1 – 1 dengan regu SMK Beluran A dalam perlawanan liga satu kumpulan dan menggunaka­n kiraan 15 mata pada kejohanan itu.

Bagi kategori bawah 15 tahun, regu SMK Beluran B muncul johan selepas mengutip 6 mata, manakala naib johan regu SMK Simpangan Adan tempat ketiga ialah regu SMK Beluran A.

Kategori sekolah rendah (bawah 12 tahun) menyaksika­n penguasaan regu SK Keniogan muncul johan sekali gus mengekalka­n kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Naib johan ialah regu SK Moynod, manakala tempat ketiga dan ke-4 ialah SK Sungai Nangka dan SK Abuan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola kejohanan itu yang juga Guru Besar SK Sungai Nangka, Mohammad Malan berkata, kejohanan sehari itu disertai 15 regu keseluruha­n sekolah rendah dan menengah.

Katanya, selain melaksanak­an aktiviti sukan berdasarka­n takwim MSSD 2018, kejohanan itu bertujuan memilih pemain terbaik untuk mewakili daerah Beluran ke kejohanan peringkat bahagian/ zon Sandakan.

Kejohanan sepak takraw MSSB Sandakan melibatkan empat daerah iaitu Sandakan, Kinabatang­an, Telupid dan Beluran selaku pengelola kejohanan itu yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Beluran pada 14 dan 15 Februari depan.

Beliau berkata, seramai 24 pemain telahpun dipilih menerusi kejohanan itu untuk membawa cabaran MSSD Beluran di peringkat bahagian nanti.

Mengulas kejohanan itu, Penyelia Sukan PPD Beluran, Malik Tajim berkata jumlah penyertaan kali ini mencatat sedikit penurunan yang antara lain berpunca daripada kesukaran pihak sekolah membawa peserta keluar untuk menyertai kejohanan itu disebabkan faktor cuaca (hujan) dan keadaan kerosakan jalan raya yang teruk di kampung-kampung khasnya di kawasan Sugut dan Paitan sehingga sukar dilalui kenderaan.

Katanya, Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Negeri (MSS Sabah) akan diadakan di Kudat pada 26 Februari hingga 3 Mac depan.

Majlis penyampaia­n hadiah kejohanan MSSD Beluran itu disempurna­kan oleh Abdullahsh­ip yang juga mewakili Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Jurulatih Astaka Beluran Arsad Kadir yang turut bertanggun­gjawab membawa kemenangan pasukan sepak takraw Saga Beluran menjuarai Saga 2017 di Sandakan Disember tahun lalu.

 ?? Gambar oleh KENNEDDY CORLLEUS ?? MENYAMPAIK­AN AMANAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Alamin menyampaik­an ucapan bagi merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Zon Bongawan kali ke-10 yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Nyaris-Nyaris.
Mohamad...
Gambar oleh KENNEDDY CORLLEUS MENYAMPAIK­AN AMANAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Alamin menyampaik­an ucapan bagi merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Zon Bongawan kali ke-10 yang diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Nyaris-Nyaris. Mohamad...
 ??  ?? PEMAIN yang terpilih mewakili MSSD Beluran bergambar kenangan bersama Abdullahsh­ip (belakang, lapan kiri) dan Malik Tajim (tiga kiri) serta para jurulatih pasukan yang menyertai kejohanan itu.
PEMAIN yang terpilih mewakili MSSD Beluran bergambar kenangan bersama Abdullahsh­ip (belakang, lapan kiri) dan Malik Tajim (tiga kiri) serta para jurulatih pasukan yang menyertai kejohanan itu.
 ??  ?? ABDULLAHSH­IP (berdiri tiga kanan) dan Mohammad Malan bersama AJK Pengelola kejohanan dari SK Sungai Nangka, Beluran yang dketuai Penolong Kanan Kokurikulu­m Sharif
Syafawe Sh. Yunus (kiri).
ABDULLAHSH­IP (berdiri tiga kanan) dan Mohammad Malan bersama AJK Pengelola kejohanan dari SK Sungai Nangka, Beluran yang dketuai Penolong Kanan Kokurikulu­m Sharif Syafawe Sh. Yunus (kiri).
 ??  ?? ABDULLAHSH­IP diiringi Mohammad Malan (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemain regu SMK Beluran, juara bawah 15 tahun.
ABDULLAHSH­IP diiringi Mohammad Malan (kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemain regu SMK Beluran, juara bawah 15 tahun.
 ??  ?? PEMAIN pasukan SMK Simpangan (johan regu bawah 18) dan melahirkan ramai pemain berbakat dalam sukan sepak takraw.
PEMAIN pasukan SMK Simpangan (johan regu bawah 18) dan melahirkan ramai pemain berbakat dalam sukan sepak takraw.
 ??  ?? ABDULLAHSH­IP diiringi Mohamamd Malan (kiri) menyampaik­an hadiah johan bawah 12 tahun kepada jurulatih SK Keniogan (sekolah pulau).
ABDULLAHSH­IP diiringi Mohamamd Malan (kiri) menyampaik­an hadiah johan bawah 12 tahun kepada jurulatih SK Keniogan (sekolah pulau).
 ??  ?? PASUKAN SMK Beluran bersama jurulatih. Regu SMK Beluran muncul johan kategori bawah 15 tahun (depan, kiri).
PASUKAN SMK Beluran bersama jurulatih. Regu SMK Beluran muncul johan kategori bawah 15 tahun (depan, kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia