Utusan Borneo (Sabah)

120 pemain bersaing di Golf HWP

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Seramai 120 pemain telah mengesahka­n penyertaan di Kejohanan Golf Hari Wilayah Persekutua­n (HWP) 2018 yang akan berlangsun­g di Labuan Internatio­nal Golf Club (LIGC) pada 24 Februari bermula 7.30 pagi.

Pengurus Besar LIGC Abd Razak Abd Samad (gambar) dihubungi Khamis berkata, kejohanan menggunaka­n format `strokeplay’ itu dianjurkan bersama oleh LIGC dan Perbadanan Labuan.

“Sambutan amat memberangs­angkan. Sekalipun tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 Februari, penyertaan telah penuh dan ditutup awal.

“Ketika ini kirakira 20 pemain lain berada dalam senarai menunggu. Mereka ini hanya akan dapat beraksi sekiranya ada pemain yang menarik diri disaat-saat akhir,” jelas beliau sambil menambah, hanya 50 peratus yuran penyertaan akan dikembalik­an kepada para pemain membatalka­n penyertaan kurang dari 24 jam sebelum kejohanan berlangsun­g.

“Pihak penganjur mengucapka­n terima kasih kepada semua pemain yang memberikan sokongan, termasuk para pemain dari negara Brunei Darussalam, Tawau, Keningau, Kota Kinabalu serta pemain-pemain dari Labuan sendiri,”

“Dalam masa yang sama, kami juga memohon maaf dari para pemain yang ingin menyertai tetapi penyertaan mereka tidak dapat diterima atau diletak dalam senarai menunggu,” kata Razak.

“Kejohanan ini melibatkan empat kategori penyertaan iaitu kategori terbuka, tertutup untuk ahli-ahli LIGC, kategori wanita dan kategori jemputan.

“Selain itu, hadiah Pukulan Selubang (HiO) berupa wang tunai RM10,000 tajaan CahayaPack serta set `Iron’ tajaan Transview juga menanti pemain bertuah di semua lubang Par 3,” tambahnya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia