Utusan Borneo (Sabah)

Mini siri ‘DO[S]A’ mula ditayang pada 14 Feb ini

-

JULUNG kalinya Astro menampilka­n naskhah mini siri mega nusantara ‘DO[S]A’ yang dibintangi pelakon Hisham Hamid, Remy Ishak dan M. Nasir menerusi platform digital dan Astro Go pada 14 Februari ini.

Dalam kenyataan Astro berkata, tayangan serentak di televisyen menerusi Astro First saluran 480 dan NJOI (tv satelit percuma Astro) itu berdurasi satu jam sebanyak lapan episod.

Dengan hanya RM19.90 penonton boleh menikmati kesemua episod dengan berulang kali sehingga 10 hari dari tempoh langganan.

‘DO[S]A’ merupakan naskhah asal ditulis dua karyawan hebat gandingan Malaysia dan Indonesia iaitu Saniboey Mohd Ismail dan Salman Aristo.

Salman merupakan penulis skrip hebat di Indonesia yang terkenal dengan karya pecah panggung termasuk ‘AyatAyat Cinta’, ‘Garuda di Dadaku’, ‘Sang Penari’ dan ‘Laskar Pelangi’.

VIDEOGRAFI YANG MEMUKAU

Digarap dengan videografi yang memukau, ‘DO[S]A’ menampilka­n barisan pelakon yang mantap dengan persediaan termasuk disiplin silat dan keografi seni pertahanka­n diri bagi memenuhi keperluan watak.

“Siri original yang bergenre aksi ini berlatarka­n lapan asas utama yang mendasari setiap episod; ‘Khianat’, ‘Tamak’, ‘Nafsu’, ‘Dengki’, ‘Derhaka’, ‘Fitnah’, ‘Munafik’ dan ‘Fitnah’.

“Kelapan-lapan ini memperkasa­kan slogan utama ‘DO[S]A - Niat Tidak Menghalalk­an Cara’,” katanya.

Istimewany­a siri ‘DO[S]A’ mengambil masa penggambar­an selama 58 hari rata-ratanya di Jakarta Timur, Jakarta Barat Indonesia dan Malaysia.

Sementara itu, dalam kenyataan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, Astro sentiasa memiliki visi untuk menembusi pasaran serantau menerusi kandungan-kandungan kreatif yang tawarkan, terutamany­a di platform digital.

“Sejujurnya, saya berasa cukup teruja dengan karya ‘DO[S]A’ ini kerana ia merupakan kerjasama sulung Astro yang melibatkan Malaysia Indonesia dalam melahirkan siri ‘original’ Nusantara premium eksklusif istimewa untuk tontonan ramai.

“’DO[S]A’ juga merupakan karya pertama Nusantara yang kami tampilkan dalam slot ‘An Astro Original Series’,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia