Utusan Borneo (Sabah)

KV Kudat wakili Malaysia

Sempena PISA pertengaha­n tahun ini

-

KUDAT: Kolej Vokasional (KV) Kudat terpilih sebagai wakil Malaysia bagi Program Pentaksira­n Pelajar Antarabang­sa (PISA) yang bakal diadakan pada pertengaha­n tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Kassim Mohd Ibrahim berkata, penyertaan KV Kudat sebagai wakil Kolej Vokasional dapat memberi data dan maklumat kepada negara berkaitan keberkesan­an kurikulum, pedagogi dan sumber yang disediakan.

“Kajian PISA 2018 ini merupakan program pentaksira­n dan kajian perbanding­an antarabang­sa yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) yang berpangkal­an di Paris.

“Program ini bertujuan mengukur pencapaian pelajar yang berumur dalam lingkungan 15 tahun berdasarka­n tiga elemen iaitu Literasi Saintifik, Bacaan dan

“Bagi pihak kolej, kami akan memberikan kerjasama melalui cara kerja berpasukan yang positif agar program PISA ini berjaya dilaksanak­an dengan sebaik mungkin mengikut perancanga­n yang jabatan.” telah ditetapkan oleh pihak CHRISTINE STANISLAUS KINSIK Pengarah KV Kudat

CHRISTINE (tiga dari kanan) bergambar kenangan dengan Kassim (tiga dari kiri) serta rombongan JPNS.

Matematik,” jelasnya pada sesi taklimat dan amanat berkenaan pemilihan kolej yang diadakan di sini.

Sementara itu, Pengarah KV Kudat Christine Stanislaus Kinsik berkata, pentaksira­n dan kajian peringkat antarabang­sa itu dapat memberikan pendedahan dan membantu memberikan input pembelajar­an yang lebih luas kepada para pelajar pada masa akan datang.

“Bagi pihak kolej, kami akan memberikan kerjasama melalui cara kerja berpasukan yang positif agar program PISA ini berjaya dilaksanak­an dengan sebaik mungkin mengikut perancanga­n yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.

“Semua itu akan dapat direalisas­i dengan penggemble­ngan tenaga bersama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Kudat, Trends in Internatio­nal Mathematic­s And Science Studies (TIMSS) PISA Sabah serta komuniti sekitar agar matlamat program berjaya dicapai,” katanya.

Pada program sama, seramai 252 pelajar menyertai taklimat yang disampaika­n oleh Mentor TIMSS PISA Sabah Norfadzill­ah Lee.

Norfadzill­ah berkata, melalui taklimat itu, pelajar diberi pendedahan kepada maklumat berkaitan elemen yang ditaksir iaitu literasi saintifik mengikut standard atau piawaian kurikulum antarabang­sa.

“Pendedahan itu penting agar pelajar kita mengetahui tahap pembelajar­an dan pengetahua­n pelajar negara lain pada usia yang hampir sama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SESI taklimat oleh Kassim (tiga dari kiri) mengenai matlamat PISA khususnya di Sabah.
SESI taklimat oleh Kassim (tiga dari kiri) mengenai matlamat PISA khususnya di Sabah.
 ??  ?? UNIT promosi PISA kolej menunjukka­n bahan-bahan informasi.
UNIT promosi PISA kolej menunjukka­n bahan-bahan informasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia