Utusan Borneo (Sabah)

Aktifkan program libatkan PIBG

-

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya menyeru kepada seluruh sekolah di Parlimen Batu Sapi supaya mengaktifk­an semaksima mungkin program yang melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Beliau berkata, langkah berkenaan diambil bagi mewujudkan suasana kebersamaa­n serta kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Menurutnya, dengan kebersamaa­n itu, segala permasalah­an dapat diselesaik­an secara baik sekali gus mengelak berlakunya saman menyaman antara satu sama lain.

“Di samping aktif dalam program bersama PIBG, kita juga akan melakukan program yang memberi tumpuan kepada guru dan ibu bapa.

“Dalam hal ini juga, guru dan ibu bapa harus banyak bersabar dan perlu memahami tugas guru serta yakin dengan sistem pendidikan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung PIBG serta penyerahan sumbangan beg sekolah dan Bantuan Awal Persekolah­an SK Bambangan, di sini pada Rabu.

Samsudin yang juga ketua bahagian Umno Batu Sapi meminta ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar menggunaka­n pendekatan bijaksana dalam menyelesai­kan permasalah­an yang timbul tanpa perlu melibatkan tindakan undangunda­ng.

“PIBG boleh memainkan peranan sebagai medium dalam mewujudkan suasana yang harmoni. Kerajaan sentiasa komited memberi bantuan

SAMSUDIN bersama murid-murid SK Bambangan.

kepada rakyat dalam pelbagai bentuk, malah kita amat bersyukur atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di mana Sabah telah diberi kepercayaa­n untuk menyandang beberapa menteri dan timbalan menteri di peringkat Persekutua­n,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n agar rakyat di Parlimen Batu Sapi terus memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dengan memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) kekal memerintah pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Di majlis itu, Samsudin telah menyumbang­kan bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada PIBG SK Bambangan, mengumumka­n projek laluan pejalan kaki berbumbung dari sekolah ke kantin dan menyampaik­an 20 gulung paip untuk kegunaan penduduk kampung itu.

Hadir sama, PPM Sekong Zantapha Zainal Abidin, Ketua Puteri Umno Batu Sapi Hazulizah Md Dani serta ahli jawatankua­sa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Batu Sapi.

 ??  ??
 ??  ?? SAMSUDIN (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan RM1,000 untuk tabung PIBG SK Bambangan.
SAMSUDIN (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan RM1,000 untuk tabung PIBG SK Bambangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia