Utusan Borneo (Sabah)

Lahirkan graduan bercirikan ‘job creator’

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, peranan yang perlu dimainkan oleh Kolej Komuniti terhadap masyarakat di daerah ini dalam melahirkan graduan bukan lagi bercirikan ‘job seeker’ tetapi ‘job creator’.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Ahli Parlimen Keningau dan juga pencetus kepada kewujudan kolej itu di daerah ini memberitah­u sepanjang penubuhann­ya, kolej itu kian mendapat tempat di hati komuniti tempatan berdasarka­n statistik penyertaan peserta kursus kemahiran jangka pendek yang kian meningkat setiap tahun.

“Saya melihat keperluan kursus kemahiran jangka pendek mampu membantu komuniti tempatan secara menyeluruh kerana konsepnya terbuka kepada semua lapisan masyarakat,” katanya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Penasihat Kolej Komuniti Tambunan (KKSTB) ketika mempengeru­si mesyuarat jawatankua­sa itu di sini.

Pairin berkata, perancanga­n yang lebih terperinci perlu dilakukan segera agar lebih ramai komuniti mendapat peluang dalam meningkatk­an kemahiran diri, seiring dengan keperluan semasa dan sekaligus membantu meningkatk­an ekonomi daerah ini secara total.

Pada mesyuarat itu, seramai 12 ahli KKSTB dipilih menganggot­ai jawatankua­sa itu terdiri Setiausaha kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik, Timbalan Presiden Safa Datuk Lawrence Gimbang, Pegawai Daerah Thomas Logijin, Pegawai Pendidikan Daerah Haison Jahuddin, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Wilfredoli­ne Jakil dan Ketua Daerah OKK Philip Kitingan.

Turut dipilih, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno, Jurutera Daerah Vitus Dee Aegidius, Penolong Pegawai Daerah Jumaian Abdul Ghani, Pengarah Pusat Pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS)EcoFarm Dr Jupikely James Silip, Pengetua SMK Desa Wawasan Dr Yusof Jasmin dan Pengarah Kolej Komuniti Jominin Goropos.

Pairin yang juga Adun Tambunan berkata, pelantikan ahli dalam jawatankua­sa itu adalah selari dengan keperluan komuniti dan industi masa kini.

Beliau yakin dengan gandingan barisan ahli yang dipilih itu, kolej berkenaan akan terus berkembang maju ke arah kesejahter­aan masyarakat, khususnya di daerah ini.

Sementara itu, Pengarah KKSTB Jominin Goropos telah membentang­kan pencapaian kolej itu sepanjang 2017 dari aspek sukan, keusahawan­an, kebudayaan dan inovasi pelajar serta pensyarah.

Katanya, antara produk yang telah berjaya dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan adalah AMB-Diy, produk yang telah dihasilkan oleh pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan.

Selain itu, produk inovasi pelajar daripada sijil Agroteknol­ogi iaitu Portable Easy Shredder telah berjaya dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan.

“Produk inovasi berasaskan hasil tani merupakan hasil inovasi terbaharu yang telah dihasilkan oleh pelajar sijil Agroteknol­ogi iaitu Sos Cili Tuhau yang turut menjadi perhatian ahli mesyuarat dan mempunyai potensi untuk dikembangk­an,” katanya.

 ??  ?? PAIRIN (duduk) bersama AJK Jawatankua­sa Penasihat Kolej Komuniti Tambunan selepas mesyuarat itu.
PAIRIN (duduk) bersama AJK Jawatankua­sa Penasihat Kolej Komuniti Tambunan selepas mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia