Utusan Borneo (Sabah)

IGG berperanan sebagai penyampai maklumat kesihatan gigi

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Ikon Gigi (iGG) merupakan program yang melibatkan komuniti sebagai medium perantara dalam penyampaia­n maklumat kesihatan pergigian yang lebih berkesan di mana wakil komuniti yang dipilih dikenali sebagai ikon gigi.

Program ini adalah cetusan idea daripada bahagian Perkhidmat­an Farmasi KKM, iaitu program duta kenali ubat anda.

Ia juga adalah sebagai salah satu usaha atau inisiatif Bahagian Kesihatan Pergigian Kementeria­n Kesihatan Malaysia bagi mempromosi­kan kesihatan pergigian di seluruh negara yang melibatkan komuniti. Ia memberi impak kepada produktivi­ti dan ekonomi negara.

Ikon gigi yang terpilih turut diberi latihan berkaitan kesihatan pergigian dan berperanan sebagai suri teladan dalam penjagaan kesihatan pergigian kepada komuniti di sekeliling­nya.

Program iGG bertujuan menggalakk­an penglibata­n aktif komuniti dalam aktiviti promosi kesihatan pergigian, meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran komuniti agar mampu membuat keputusan berkenaan penjagaan gigi, seterusnya ke arah penerapan konsep ‘empowermen­t’ dalam kalangan komuniti.

Selain itu, ia juga membentuk rangkaian individu dalam komuniti yang bertindak sebagai wakil kesihatan pergigian untuk meningkatk­an kesedaran komuniti berkenaan kepentinga­n kesihatan pergigian.

Seramai 15 iGG yang terpilih sebagai ikon gigi KKM iaitu Afifiee Hafidz Rushdan (Perunding Insurans Prudential), Fathin Alliza Jamal (Penyampai Radio Sabah Fm), Fred Donal Tedeus (kerja sendiri/ pelakon ), H adi H i dayah Tutuh (Pengurus, Trainer & Motivator Al-Hidayah Training & Consultanc­y), Ilim Angkat (pengusaha ladang sawit), Mariani Lala (bekerja sendiri), Mohammad Basri Lala (kontraktor), Noorziyati Murshidi (Guru PDK) dan Noor Setiline Maidin (pelajar kolej).

Selain itu, Noor Syazwani Haji Sadinin (pengusaha Homestay Olundus Kundasang), Nur Aina Fatin Asidih (pengusaha kedai runcit), Nurul Jannah Harun (pengusaha kantin), Nurlayali Watis (Pembantu Tadbir Hospital Ranau), Ronald Raynel (Pengurus Stesen Radio Kupi-Kupi FM) dan Vejaybalan Subramania­m (Guru Besar SK Luyang).

 ??  ?? PARA iGG yang dipilih sebagai penyampai maklumat kesihatan pergigian.
PARA iGG yang dipilih sebagai penyampai maklumat kesihatan pergigian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia