Utusan Borneo (Sabah)

Kerosakan jalan dipandang serius

Ewon bawa semula ke Parlimen, 150 anggota Rela Mukim Karagasan terima POD

- Oleh SALMAN ABADI

AHLI Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin memandang serius permasalah­an kerosakan jalan raya di kawasan Parlimen Ranau termasukla­h di Mukim Karagasan dan sekitarnya yang terletak di kawasan pedalaman Ranau.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memahami dan prihatin terhadap keperluan rakyat termasukla­h jalan raya yang menjadi nadi perhubunga­n utama para penduduk Kg Karagasan dan sekitarnya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Ahli Parlimen Ranau yang julung kali diadakan di Dewan Mini Kg Karagasan, kira-kira 92 kilometer dari Pekan Ranau, pada Selasa.

“Sebenarnya, saya sudah memohon dan suarakan di persidanga­n parlimen permasalah­an jalan raya ini dan saya akan rujuk semula perkara ini dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kita akan sama-sama mendesak pihak berkenaan untuk memantau sekali gus membaiki jalan raya ini dengan kadar segera untuk keselesaan pengguna, khasnya penduduk di sini,” katanya sambil memberi jaminan akan mengemukak­an semula isu dan permasalah­an jalan raya itu sekali lagi pada persidanga­n parlimen nanti.

Menurutnya, pihak kerajaan sentiasa berusaha membantu menyediaka­n pelbagai kemudahan asas untuk rakyat secara berperingk­at.

Kerajaan, sentiasa berusaha ke arah itu, namun rakyat juga perlu memahami bahawa segala keperluan itu bukan sesuatu yang mudah dan boleh disediakan sekali gus di semua kampung kerana kawasan Parlimen Ranau amat luas.

Namun demikian, Ewon berkata kerajaan BN masih menjadi pilihan yang terbaik kerana banyak memberi bantuan dan kebajikan kepada rakyat termasukla­h Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Selain itu, dalam konteks pendidikan, anak-anak kita diberi bantuan awal persekolah­an sebanyak RM100 seorang, Rancangan Makanan Tambahan (RMT), pakaian sekolah termasuk kasut dan buku serta alat tulis,” katanya.

Beliau menegaskan bantuan seumpamany­a tidak wujud di mana-mana negara di dunia, tetapi di Malaysia, kerajaan BN ada menyediaka­n pelbagai bantuan itu dan rakyat harus berterima kasih serta bersyukur atas keprihatin­an kerajaan BN yang sentiasa berusaha membela nasib rakyat.

Terdahulu, Ketua Kampung Karagasan Jaimin Tikuson merangkap pengerusi penganjur majlis itu melahirkan rasa bangga dan berterima kasih atas kunjungan Ahli Parlimen Ranau yang juga presiden Usda dan pengerusi Upko Ranau.

“Kebetulan pula sekarang ini kita di ambang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan saya menegaskan di sini bahawa penduduk kampung dari dulu hingga sekarang tetap menyokong BN.

“Kami juga mahu agar Ewon terus dikekalkan sebagai pemimpin di sini kerana beliau mampu menjaga tiga kawasan DUN dan satu parlimen di Ranau,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh penduduk kampung.

Beliau berkata, penduduk kampung berkenaan tetap bersatu hati mahukan Ewon meneruskan kepimpinan dan kekal sebagai Ahli Parlimen Ranau.

Beliau mewakili penduduk kampung memohon jalan raya yang menjadi perhubunga­n utama ke kampung itu dibaiki segera kerana banyak yang rosak akibat hujan berpanjang­an.

Jaimin berkata, jalan raya yang ada di kampung itu merupakan ‘hadiah’ daripada Ewon ketika beliau menjadi Adun di kawasan berkenaan suatu ketika dahulu.

Sementara itu, Ketua Kampung Gusi Galam Abdulah yang turut berucap sempena majlis itu menyifatka­n penganjura­n program itu wajar dipuji kerana ia dapat merapatkan lagi silaturahi­m antara pemimpin dan rakyat.

Katanya, pemimpin dan rakyat atau penduduk kampung harus berganding bahu seiring sejalan dan kebetulan suasana PRU-14 semakin terasa.

Beliau berkata, sumber ekonomi utama penduduk di kawasan berkenaan adalah bidang pertanian khasnya penanaman sawit.

“Dengan itu, kami mahu jalan raya yang rosak di kampung ini dibaiki dan dinaik taraf untuk memudahkan kami memasarkan hasil tani kami,” katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa hanya BN yang menjadi harapan dan mampu membantu mereka untuk membaiki kerosakan jalan raya dan menyelesai­kan masalah itu.

Dalam pada itu, penduduk di kawasan terbabit akan menikmati kemudahan bekalan elektrik tidak lama lagi kerana kerja pemasangan tiang sedang giat dijalankan manakala kemudahan bekalan air bersih diperolehi melalui sumber air graviti.

Pada hari yang sama, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) daerah Ranau mengadakan program Lawatan Pegawai Rela Daerah (PRD) Ranau dan Latihan Pemantapan Kawad di Mukim Karagasan, Ranau sebelum berlangsun­gnya Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.

Ewon yang juga Pesuruhjay­a Rela Daerah Ranau merangkap Ahil Kehormat Rela Ranau Sabah turut menyerahka­n 150 set pakaian operasi digital (POD) Rela untuk lima platun Rela di lima mukim di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, anggota Rela telah banyak memberi sumbangan untuk menjaga keselamata­n dan membantu dalam melancarka­n perjalanan atau penganjura­n mana-mana program.

Justeru katanya, peranan dan sumbangan serta kewibawaan para anggota Rela tidak harus diperkecil­kan oleh mana-mana pihak.

Katanya, seperti mana agensi keselamata­n yang lain, para anggota Rela sentiasa sedia berkhidmat di manamana sahaja dan dalam apapun keadaan sama ada berpanas atau berhujan, maka sumbangan Rela sewajarnya dihargai dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

Sementara itu, Pegawai Rela Daerah (PRD) Ranau Penolong Pesuruhjay­a Rela (PPjR) Awangku Damit Pg Yusuf turut merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas sumbangan dan komitmen Ahli Parlimen Ranau itu terhadap pasukan Rela di Ranau.

Katanya, lima platun Rela adalah mewakili kawasan Mukim Timbua, Malinsau, Ulu Sugut, Kaingaran dan juga Karagasan dengan keanggotaa­n lebih 11,000 orang yang telah mendaftar sebagai pengundi.

Selain Kg Karagasan, antara kampung yang berada dalam Mukim Karagasan ialah Gusi, Agan, Wakau, Betung, Namaus Ulu Sugut dan Tundangon.

Sempena majlis itu, Ewon menyempurn­akan simbolik penyerahan POD untuk 150 anggota Rela kepada lima ketua platun yang mewakili mukim-mukim berkenaan.

Lebih 400 orang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu yang turut dihadiri oleh Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahari dan para pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? EWON (duduk, empat kanan), Agku Damit (dua kanan) dan Japirin (kanan) bergambar kenangan bersama para pemimpin masyarakat di Mukim Karagasan.
EWON (duduk, empat kanan), Agku Damit (dua kanan) dan Japirin (kanan) bergambar kenangan bersama para pemimpin masyarakat di Mukim Karagasan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota Rela Mukim Karagasan yang menjalani Latihan Pemantapan Kawad di Mukim Karagasan.
SEBAHAGIAN anggota Rela Mukim Karagasan yang menjalani Latihan Pemantapan Kawad di Mukim Karagasan.
 ??  ?? AGKU Damit (tengah) bersama ketua-ketua Platun Rela dan pemimpin masyarakat kampung sempena program itu.
AGKU Damit (tengah) bersama ketua-ketua Platun Rela dan pemimpin masyarakat kampung sempena program itu.
 ??  ?? EWON menyerahka­n POD kepada salah seorang Ketua Platun Rela Left (R) Minor Selom dari Mukim Karagasan, sambil diiringi Agku Damit (kiri) dan Japirin.
EWON menyerahka­n POD kepada salah seorang Ketua Platun Rela Left (R) Minor Selom dari Mukim Karagasan, sambil diiringi Agku Damit (kiri) dan Japirin.
 ??  ?? EWON (tengah) menyantuni wakil penduduk kampung yang mengemukak­an pelbagai permohonan sempena lawatan itu.
EWON (tengah) menyantuni wakil penduduk kampung yang mengemukak­an pelbagai permohonan sempena lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia