Utusan Borneo (Sabah)

BN salur RM1.2b untuk laksana pelbagai program pembanguna­n

- -Oleh SALMAN ABADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) sudah memberikan sejumlah RM1.2 bilion peruntukan untuk pelaksanaa­n pelbagai program pembanguna­n di daerah ini.

Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen berkata peruntukan yang besar itu antaranya disalurkan untuk pembanguna­n kemudahan asas rakyat di Ranau termasukla­h pembanguna­n kesihatan.

Beliau berkata demikian sebagai membuka bicara semasa Program Santai Dialog Ketua Pemuda Upko Bersama Belia Kampung Nunuk Ragang di dewan serbaguna kampung itu.

“Mengikut rekod Hospital Ranau, jumlah perbelanja­an operasi hospital itu bagi tahun 2017 mencecah RM44 juta, sementara nilai pulangan kutipan yuran RM1 setiap pelanggan termasukla­h yuran pesakit luar hanya RM500 ribu sahaja.

“Maka kos perbelanja­an besar untuk menampung operasi hospital itu adalah atas sokongan penuh dana kerajaan,” katanya yang juga pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Ranau (ALPHR).

Katanya, ia antara bukti kerajaan BN benar-benar menjaga kebajikan rakyat dan jika mengambil contoh di Amerika Syarikat, untuk mendapatka­n layanan perkhidmat­an kesihatan, mereka wajib memiliki polisi insuran, tetapi tidak di negara kita.

Menjawab persoalan yang dikemukaka­n para belia, beliau menyatakan bahawa peruntukan untuk pembanguna­n sektor pendidikan di negeri Sabah sahaja, kerajaan telah membelanja­kan RM3.7 bilion.

Ia merangkumi perbelanja­an untuk pendidikan generasi muda dari sekolah rendah hingga menengah, termasukla­h belia dan beliawanis yang menuntut di kolej atau universiti yang menawarkan kursus meningkatk­an kemahiran daya usaha serta bersiap sedia untuk pasaran tenaga kerja.

“Setelah 55 tahun negara kita merdeka, mereka yang mengatakan kita tiada pembanguna­n adalah tidak benar dan ia satu pembohonga­n besar.

“Mungkin pada masa dahulu, tempat atau kampung ini tiada bekalan letrik, air dan jalan raya tetapi sekarang sudah ada dan ia tentunya memberi keselesaan dan kesejahter­aan kepada hidup rakyat,” katanya.

Arthur berkata, masyarakat perlu memahami bahawa keperluan pembanguna­n itu sentiasa berkembang mengikut keadaan semasa dan mana-mana kemudahan asas di kampung ini yang perlu ditambahba­ik akan dikemukaka­n kepada pihak kerajaan supaya mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya.

“Transfomas­i Nasional 2050 (TN50), wawasan pembanguna­n negara 30 tahun ke hadapan merupakan cetusan idea Perdana Menteri yang sangat relevan.

“Ini menunjukka­n beliau (PM) amat berpandang­an jauh dan sudah memikirkan pembanguna­n masa depan untuk negara dan adalah penting untuk rakyat bersatu bersama-sama menyertai TN50 ini untuk generasi akan datang,” katanya.

Mengulas isu-isu yang disuarakan pihak tertentu seperti ketidakpua­san hati keadaan pembanguna­n khususnya di Ranau, Arthur menyatakan sesungguhn­ya pihak kerajaan sentiasa terbuka menerima kritikan dan pandangan semua pihak termasukla­h golongan belia.

Beliau menegaskan rakyat juga perlu membuat pertimbang­an bahawa mana-mana kerajaan di dunia pun tidak akan mampu memenuhi 100 peratus kemahuan rakyat.

“Namun dalam kerajaan BN, rakyat bebas menegur kerajaan, apa yang tidak betul kita boleh tegur serta bagi pendapat untuk perbaiki kelemahan itu.

“Justeru, mengekalka­n kerajaan yang sedia ada amat penting untuk kesinambun­gan pembanguna­n dan kesejahter­aan rakyat.

“Marilah kita bersamasam­a menambah majoriti kemenangan calon-calon BN para Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana kita mahu lebih banyak peruntukan kerajaan untuk pembanguna­n di Ranau.

“Amatlah rugi jika kita hanya menjadi pemerhati pembanguna­n di tempat lain, sedangkan kita juga berhak menerima pembanguna­n infrastruk­tur di sini,” katanya.

Pada majlis itu, Arthur turut menyerahka­n dua set jersi pemain bola sepak untuk Pemuda Kg Nunuk Ragang, sementara Kg Soborong diterima sendiri Ketua Pemuda Upko Kg Soborong Edwin Paulus.

Jersi berkenaan merupakan sumbangan peribadi beliau sebagai tanda sokongan untuk belia yang aktif dengan sukan terutama bola sepak dan diharapkan sumbangan itu dapat dimanfaatk­an bersama-sama oleh para belia di kampung berkenaan agar terus bergiat aktif dalam aktiviti kesukanan untuk kecergasan, perpaduan dan sebagainya.

Terdahulu, belia Kg Nunuk Ragang turut memohon kemudahan gelanggang bola sepak futsal, sepak takraw dan bola tampar serta kelengkapa­n sukan kerana mereka adalah antara belia Ranau yang aktif bersukan.

ARTHUR (tujuh kiri) menyerahka­n set jersi kepada kepada Edwin.

 ??  ?? KETUA Kampung Nunuk Ragang menyuaraka­n kepada kerajaan pelbagai keperluan pembanguna­n untuk meningkatk­an taraf hidup penduduk.
KETUA Kampung Nunuk Ragang menyuaraka­n kepada kerajaan pelbagai keperluan pembanguna­n untuk meningkatk­an taraf hidup penduduk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia