Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor Pan Borneo mesti mematuhi SOP

Kontraktor tidak patuh diberi amaran terakhir, LBU setuju pastikan pematuhan dilaksana

- DATUK SERI FADILLAH YUSOF Menteri Kerja Raya

KUCHING: Kementeria­n Kerja Raya sekali lagi memberi amaran terakhir kepada kontraktor terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, malahan Rakan Pelaksana Projek (PDP), iaitu Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) bersetuju untuk memastikan semua pematuhan dilaksanak­an.

“Hari ini amaran terakhir daripada kementeria­n terutama yang tidak mematuhi SOP akan diambil tindakan dengan melantik pihak ketiga dalam memastikan pengurusan trafik serta kerja-kerja penyelengg­araan projek.

“Selain itu kita akan memotong nilai kontrak yang dianugerah­kan kepada kontraktor dan pada hari ini PDP bersetuju memastikan semua pematuhan dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perbincang­an meja bulat mengenai pembanguna­n dan kemas kini cadangan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak di sini, pada Rabu.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata, mulai hari ini beliau akan turun padang secara mengejut untuk memantau dan memastikan pihak berkaitan mematuhi SOP atau perjanjian ditetapkan dalam projek itu.

Fadillah berkata, beliau percaya PDP akan mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara berkenaan dan memperbaik­i kelemahan sedia ada selain terus memberi tumpuan keselamata­n serta keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Katanya ia ekoran daripada perbincang­an meja bulat yang dihadiri agensi atau pihak berkepenti­ngan projek Lebuh Raya Pan Borneo terdiri daripada PDP, perunding dan kontraktor kerja pakej.

Beliau berkata perbincang­an itu semalam bersetuju bahawa segala SOP yang ditetapkan dalam projek termasuk pematuhan kepada perjanjian perlu ditambah baik.

Pihak PDP perlu memastikan pematuhan sepenuhnya syarat-syarat dan perjanjian serta SOP berhubung pengurusan trafik dan pengurusan projek, ujarnya.

“Secara keseluruha­n projek Lebuh Raya Pan Borneo berada di hadapan jadual.

“Hanya tiga pakej sahaja yang di belakang jadual sedikit dan percaya ia dalam tumpuan kontraktor,” katanya.

“Hari ini amaran terakhir daripada kementeria­n terutama yang tidak mematuhi SOP akan diambil tindakan dengan melantik pihak ketiga dalam memastikan pengurusan trafik serta ” kerja-kerja penyelengg­araan projek

 ??  ?? FADILLAH semasa sidang media turut memberi amaran terakhir kepada kontraktor terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mematuhi SOP.
FADILLAH semasa sidang media turut memberi amaran terakhir kepada kontraktor terlibat dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mematuhi SOP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia