Utusan Borneo (Sabah)

PRU14 antara perkara dijangka dibincang pada perhimpuna­n PBB

-

KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang adalah antara perkara yang dijangka dibincangk­an pada Perhimpuna­n Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada pada 9 hingga 11 Februari ini.

Selain itu, perbincang­an juga sudah tentu mengenai ekonomi digital serta peringatan biasa mengenai perpaduan parti, menghormat­i keputusan muktamad pemimpin tertinggi termasuk membantu parti komponen Barisan Nasional (BN) lain dalam PRU dan sebagainya.

Menurut penganalis­is politik, Datuk Peter Minos perbincang­an juga akan menyentuh mengenai peranan PBB dalam memimpin BN Negeri, Sarawak dan rakyat, memperjuan­gkan hak dan kuasa Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta bagaimana negeri ini melangkah ke hadapan dalam semua bidang.

“PBB sebagai tulang belakang BN Sarawak, akan membahaska­n cara untuk menaik taraf keadaan di Sarawak dan bagaimana rakyat dapat memperoleh­i pekerjaan dan pendapatan yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas mengenai Perhimpuna­n Agung Tritahunan PBB.

Minos turut menyifatka­n perhimpuna­n itu nanti adalah penting, yang dijangka menjadi pembawa perubahan kepada parti.

Katanya ia bakal menyaksika­n pemimpin muda akan menggantik­an pemimpin lama dan sangat berguna untuk memperbaha­rui serta menambah baik parti selaras dengan trend dan perubahan moden dengan idea dan cara baharu yang lebih baik untuk membuat sesuatu bagi PBB dan negeri Sarawak.

Bagaimanap­un, katanya sudah pasti tiga jawatan tertinggi iaitu presiden dan dua timbalan presiden tidak akan dipertandi­ngkan.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan terus menjadi presiden manakala Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan menjadi timbalan presiden, masing-masing mewakili sayap Pesaka dan Bumiputera,” katanya.

Untuk jawatan Naib Presiden Kanan pula, Peter Minos berkata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof telah menyatakan akan bertanding namun sehingga ini, tidak pasti calon lain yang akan turut bertanding.

Tambah beliau, turut akan dipertandi­ngkan ialah jawatan naib presiden dan exco biasa manakala jawatan setiausaha agung, bendahari agung dan ketua publisiti akan dilantik oleh presiden parti selepas mesyuarat exco baharu.

“Maka itu, kita menjangkak­an kegiatan melobi yang senyap untuk memberi sedikit keterujaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia