Utusan Borneo (Sabah)

405 ibu bapa pelajar SMK Sadong Hilir terima bantuan khas

-

KUCHING: Seramai 405 ibu bapa pelajar tingkatan satu hingga lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sadong Hilir di sini, menerima bantuan khas awal pendidikan daripada kerajaan persekutua­n pada Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri mengingatk­an kesemua ibu bapa yang menerima bantuan RM100 itu agar menggunaka­n sebaiknya wang tersebut untuk kegunaaan persekolah­an anak-anak mereka.

“Sebagai ibu bapa, kitalah pemimpin dalam institusi keluarga kita. Untuk itu, jalankan amanah yang diberikan sebaik-baiknya agar anak-anak kita membesar dalam suasana positif dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang.

“Apatah lagi, sekolah ini telah mencatat prestasi yang amat membanggak­an, maka adalah penting untuk ibu bapa memberi komitmen dan kerjasama agar anak-anak terus memperoleh keputusan cemerlang pada tahun ini dan tahun akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Khas Awal Persekolah­an 2018 di Dewan Utama SMK Sadong Hilir di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Batang Sadong itu menggalakk­an Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit sentiasa mempelbaga­ikan program bukan sahaja untuk anakanak, malah ibu bapa dan warga pendidik.

“Saya harap pihak PIBG akan mengadakan program yang dapat membantu ibu bapa memperkasa­kan ilmu penjanaan pendapatan dan ekonomi menerusi inovasi agar mereka dapat menggunaka­n ilmu yang diperoleh untuk keluar daripada senarai penerima

 ??  ?? NANCY menyampaik­an Bantuan Khas Awal Persekolah­an 2018 kepada ibu bapa dan pelajar di Dewan Utama SMK Sadong Hilir, Sadong Jaya,.
NANCY menyampaik­an Bantuan Khas Awal Persekolah­an 2018 kepada ibu bapa dan pelajar di Dewan Utama SMK Sadong Hilir, Sadong Jaya,.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia