Utusan Borneo (Sabah)

MPS pergiat pencegahan penularan wabak rabies

-

SIBU: Bagi mencegah penularan penyakit anjing gila atau rabies, Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) mengambil pelbagai langkah kawalan.

Pengerusi MPS Datuk Tiong Thai King berkata, ini termasuk mempergiat pengangkap­an anjing liar yang berkeliara­n di kawasan pihak majlis.

“MPS juga terlibat dalam program vaksinasi yang dilaksanak­an Jabatan Veterinar bermula 20 Januari lalu hingga 1 Mac ini,” ujarnya.

Tiong turut mengingatk­an pemilik anjing agar tidak membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliara­n bagi mencegah penularan virus rabies.

Pemilik anjing katanya, dinasihati memohon lesen untuk haiwan peliharaan mereka dangan bayaran tahunan RM6 bagi anjing betina dan RM4 bagi anjing jantan.

“Mana-mana anjing yang berkeliara­n di tempat awam sama ada mempunyai lesen atau tidak akan ditangkap.

“Pemilik yang ingin menuntut semula haiwan peliharaan mereka perlu membayar kompaun RM25 bersama yuran penyelengg­araan RM100,” jelas Tiong, sambil menambah kata, anjing yang tidak dituntut akan dihapuskan Jabatan Veterinar selepas 48 jam.

Tiong juga memberitah­u, MPS memuat naik video dalam bahasa Inggeris dan Mandarin mengenai rabies dalam laman sesawang rasminya bagi mendidik orang ramai.

Orang ramai yang ingin membuat laporan mengenai anjing liar boleh menghubung­i MPS di talian 084-333411.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia