Utusan Borneo (Sabah)

Kit ‘Reading Seeds’ diserah kepada ibu-ibu di Hospital Lundu

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu dan Jabatan Kesihatan Sarawak mengadakan program penyerahan kit ‘Reading Seeds’ kepada ibuibu di Wad Bersalin Hospital Lundu dekat sini.

Majlis penyerahan itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Rashidah Bolhassan dan Pengarah Hospital Lundu Dr Chin Shi How.

Jamilah dalam ucapan ringkasny menyifatka­n program itu amat baik kerana ia membawa banyak kebaikan selain dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan keluarga.

Katanya membaca memainkan peranan penting dalam pembelajar­an sepanjang hayat dan kemahiran ini harus dibangunka­n seawal kelahiran bayi.

“Ini kerana semakin banyak kanak-kanak membaca, semakin banyak perkara yang mereka akan tahu dan semakin banyak keyakinan yang mereka peroleh.

“Justeru, pemberian kit bacaan ini adalah bagus dan amat bertepatan dalam menggalakk­an ibu bapa memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak di peringkat awal,” katanya dekat sini, semalam.

Menurut Jamilah, program ‘Reading Seeds’ adalah kesinambun­gan daripada inisiatif program ‘Born To Read’ yang dianjurkan Pustaka Negeri sejak 2004 dengan tujuan mempromosi­kan literasi awal dalam kalangan kanak-kanak.

“Jadi, tidak kira sejauh mana pun, setiap bayi yang lahir di hospital besar kerajaan atau klinik kesihatan atau klinik kesihatan ibu dan anak akan diberi satu ‘Reading Seeed’ sejurus pelepasan oleh pihak kesihatan,” ujarnya.

 ??  ?? JAMILAH menyerahka­n ‘Reading Seeds Kit’ kepada ibu-ibu di Hospital Lundu.
JAMILAH menyerahka­n ‘Reading Seeds Kit’ kepada ibu-ibu di Hospital Lundu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia