Utusan Borneo (Sabah)

JKM salur RM190 juta kepada penerima bantuan

Jumlah bantuan diberi kepada 57,588 penerima di Sarawak, Januari-Disember 2017

-

LIMBANG: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak menyerahka­n bantuan berjumlah RM190 juta kepada 57,588 penerima di seluruh negeri mulai Januari hingga Disember tahun lepas.

Menteri Kebajikan, Kesejanter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, jumlah itu membabitka­n pelbagai bantuan termasuk bantuan orang tua, kanak-kanak, bantuan am dan elaun pekerja cacat.

Bantuan lain katanya, termasuk bantuan penjagaan OKU pesakit kronik terlantar, bantuan OKU tidak berupaya bekerja, bantuan anak pelihara dan bantuan beliabelia­wanis.

“Bagi JKM Bahagian Limbang pula, sejumlah RM14 juta diperuntuk­kan membabitka­n 4,074 penerima dalam tempoh yang sama,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sejambak Kasih Sempena Tahun Baharu Cina 2018 di sini pada Rabu.

Turut hadir Ketua Cawangan Bantuan Kesejahter­aan Sosial JKM Negeri Mordiah Sulaiman, Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang Haslinda Supu dan jemputan lain.

“Bagi JKM Bahagian Limbang pula, sejumlah RM14 juta diperuntuk­kan membabitka­n 4,074 ” penerima dalam tempoh yang sama.

Fatimah menjelaska­n, bantuan di bawah JKM dapat meringanka­n tanggungan rakyat yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, beliau berkata 7,362 penerima akan menerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina yang diserahkan pada Majlis Sejambak Kasih di seluruh negeri.

FATIMAH (tengah) dan tetamu lain bersama para penerima pada Majlis Sejambak Kasih sempena Tahun Baharu Cina 2018.

“Mereka akan menerima wang tunai RM100 dan hamper bernilai RM50 untuk memberi keceriaan kepada mereka yang menyambut Gong Xi Fa Chai manakala yang tak hadir akan dikreditka­n sumbangan RM100 ke dalam akaun masingmasi­ng,” katanya.

Beliau berkata, 227 atau 5.57 peratus daripada jumlah penerima bantuan di bahagian Limbang menerima sumbangan sempena perayaan itu.

Selain itu katanya, bantuan berkenaan membuktika­n kerajaan tidak pernah melupakan golongan memerlukan yang turut ingin meraikan Tahun Baharu Cina.

 ??  ?? DATO SRI FATIMAH ABDULLAH
Menteri Kebajikan, Kesejanter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak
DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejanter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia