Utusan Borneo (Sabah)

Produk pelanconga­n berkualiti, holistik diyakini mampu penuhi permintaan global

-

SEBUYAU: Penghasila­n produk pelanconga­n berkualiti dan holistik diyakini mampu memenuhi permintaan global khususnya di Sebuyau.

Menteri Muda Jalan Pesisir merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata dengan pembanguna­n produk berkualiti ia dapat diketengah­kan bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi antarabang­sa.

“Kita memerlukan produk pelanconga­n yang berkualiti untuk dipasarkan bagi menarik kehadiran pelancong khususnya di kawasan luar bandar.

“Apa yang penting kita tidak mahu ia (produk) hangat pada masa pelancaran sahaja,” ujarnya.

Julaihi berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Produk Edupelanco­ngan UiTM Sarawak di sini pada Rabu.

Dalam usaha merealisas­ikan projek produk edupelanco­ngan itu, beliau bersetuju menyalurka­n peruntukan RM50,000 kepada Jawatankua­sa Khas Pelanconga­n Bahagian Samarahan.

Pihaknya bekerjasam­a rapat dengan UiTM Sarawak sejak 2012 dalam mengenal pasti lokasi untuk dibangunka­n sebagai produk pelanconga­n.

Julaihi berkata Sebuyau menjadi lokasi strategik kerana menjadi laluan jalan pesisir Sarawak.

Malah, katanya pihaknya mengambil peluang ini untuk membangunk­an Sebuyau sebagai pekan pesisir.

Beliau berharap dengan hala tuju ‘edutourism’ UiTM dan Sebuyau dapat menarik pelancong luar terutama dalam kalangan pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia