Utusan Borneo (Sabah)

TN50D bertujuan membangunk­an hala tuju pertahan

-

SIBU: Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memperkena­lkan Transforma­si Nasional 2050 Pertahanan (TN50D) yang bertujuan membangunk­an hala tuju pertahanan.

Panglima Briged Ke-31 (31 Briged) Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Datuk Fadzil Tajuddin berkata, TN50D menyasarka­n sasaran jangka panjang dan dilaksana secara progresif.

Katanya, langkah ini dibuat demi menjaga kebajikan warga 31 Briged tentera keseluruha­nnya bagi menguatkan keutuhan dan kelangsung­an organisasi ketenteraa­n dalam memikul tanggungja­wab menjaga kedaulatan persempada­nan tanah air di Bumi Kenyalang ini khususnya.

“Ini adalah memastikan ATM sentiasa siapsiaga, meningkatk­an keupayaan berdikari pertahanan negara dan meningkatk­an keselamata­n negara serta memilhara kedaulatan negara.

“Justeru saya menyeru semua lapisan berdiri teguh dengan satu matlamat untuk menjadikan Briged Ke-31 Infantri sebagai sebuah angkatan dengan ketumbukan yang kekal relevan serta menyumbang kepada konteks pertahanan negara sebagai sebuah organisasi yang unggul dan disegani.

Terdahulu, Fadzil memeriksa perbarisan yang diketuai Pegawai Memerintah 8 Rejimen Sempadan Leftenan Kolonel Shamsul Bahari Che Soh dengan dibantu Penolong Ketua Perbarisan Pegawai Memerintah 10 Rejimen Sempadan Mejar Mohd Asrul Mohd Sadali.

Seramai 22 pegawai dan 240 anggota lainlain pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Panglima Briged Ke-31 Infantri Malaysia di Padang Kawad Kem PLKN Junaco Park di sini, pada Rabu.

Perbarisan ini melibatkan enam detasmen yang terdiri daripada Markas Briged dan lima unit di bawah naungan 31 Briged.

Dalam majlis yang sama, Fadzil turut menyempurn­akan pemakaian pangkat kepada lima anggota LLP.

 ??  ?? FADZIL (tengah) serta pegawai dan anggota 31 Briged merakam kenangan selepas perbarisan itu.
FADZIL (tengah) serta pegawai dan anggota 31 Briged merakam kenangan selepas perbarisan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia