Utusan Borneo (Sabah)

Terlalu sesak, Poliklinik Oya akan diperbesar

-

SIBU: Dua lot kedai di belakang Poliklinik Oya akan disewa menjadi klinik untuk mengurangk­an kesesakann­ya yang menerima hingga 1,000 pesakit sehari.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pelaksanaa­n perancanga­n itu sedang dijalankan.

“Klinik ini akan digunakan untuk kes susulan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sebagainya.

“Kesesakan di Poliklinik Oya cukup serius pada masa ini dengan pesakit antara 800 hingga 1,000 orang setiap hari.

“Kita perlu mengurangk­an kesesakan di sana supaya kita dapat mewujudkan tempat yang lebih selesa untuk pesakit-pesakit ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sibu pada Rabu.

Terdahulu, Dr Hilmi melawat Poliklinik Oya, Klinik 1Malaysia Rejang Park, Klinik 1Malaysia Permai dan Kolej Kejururawa­tan Hospital Sibu.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim, terdapat keperluan untuk pembinaan klinik lain di Sibu.

Bagaimanap­un, pembinaan klinik yang baharu akan mengambil masa kerana projek memerlukan kelulusan di bawah Rancangan Malaysia.

Sementara itu Dr Hilmi berkata, klinik di Sibu Jaya juga memerlukan perhatian dengan masalah fizikal yang dihadapi.

“Saya melawat klinik di Sibu Jaya semalam (Rabu) dan walaupun hanya dua tahun dibina, masalah fizikal dihadapi seperti masalah bumbung, pendawaian, pendingin hawa dan lainlain membuatkan kita sangat prihatin terhadap perkara ini,” ujarnya.

Di Hospital Sibu, beliau juga berkata, beberapa kemudahan perlu dinaik taraf untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat.

Dr Hilmi turut memuji semangat kerjasama masyarakat Sibu dengan kerajaan dalam membina kemudahan kesihatan untuk rakyat.

“Kita dapat melihat daripada 10 Klinik 1Malaysia di bandar ini, enam disokong masyarakat supaya kerajaan tidak perlu menyewa premis itu.

“Ini adalah contoh terbaik dan harus dicontohi masyarakat di tempat lain,” jelasnya.

Turut menyertai rombongan lawatan kerja itu ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu Dr Muhammad Rais Abdullah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia