Utusan Borneo (Sabah)

Pembersiha­n besar-besaran di bandar raya Miri

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan memulakan ‘musim pembersiha­n’ selama 20 hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) ini bagi membantu penduduk di sekitar bandar raya ini melakukan pembersiha­n sekitar kediaman mereka serta membuang barang dan sampah domestik.

Datuk Bandar MBM Adam Yii memberitah­u, ‘musim pembersiha­n’ bermula pada 25 Januari lalu hingga 13 Februari ini membabitka­n lapan zon.

“Sepanjang musim pembersiha­n ini, MBM menempatka­n tong sampah bersaiz besar di 35 lokasi yang sudah ditetapkan bagi memudahkan isi rumah membuang sampah terutama sampah pepejal.

“Ini kerana setiap kali musim perayaan terutama Tahun Baharu Cina, akan ada pembersiha­n besarbesar­an yang membabitka­n kediaman, pejabat, premis dan sebagainya.

“Jadi dengan menempatka­n tong-tong sampah besar mudah alih ini, ia akan memudahkan kerja-kerja pembuangan sampah oleh isi rumah,” tambahnya.

Menurut Adam, MBM juga akan menempatka­n 46 tong sampah besar mudah alih (RORO) di semua lapan zon yang membabitka­n 35 lokasi itu.

Beliau memberitah­u, bagi Zon 1 Taman Tunku, enam tong sampah diletakkan di tiga lokasi iaitu di Jalan Kuching Timur dan Taman Jelita, dua di Jalan Sibu dan satu di Jalan Lawas/Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Zon 2 membabitka­n Jalan Luak/Bakam dengan lima tong sampah ditempatka­n di tiga lokasi iaitu iaitu di Jalan Luak serta bangunan kedai, Pantai Luak Esplanade dan Jalan Acorus.

Zon 3 meliputi kawasan Jalan Riam/Jalan MiriBintul­u dengan lima tong sampah ditempatka­n masingmasi­ng di lima lokasi iaitu Jalan Cahaya; bangunan rumah kedai Taman Hilltop, Jalan Utama; Jalan Luak Bay dan bangunan rumah kedai Taman Pin Fook.

Zon 4 pula kawasan Krokop/Jee Foh dan Piasau Jaya dengan sembilan tong sampah ditempatka­n di sembilan lokasi iaitu belakang Wisma Yee Loke; Jalan Cosmos, Pasar Krokop 5, rumah kedai Jee Foh 6, Jalan Chong Fah di hadapan bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); hadapan Kolej Prime, Jalan Taman Piasau 2 dan Jalan Piasau 3.

Zon 5 Pujut menyaksika­n sembilan tong sampah R O R O diletakkan di empat lokasi iaitu di Pasar Pujut Corner; Pujut 4B, Jalan Pujut 8 dan Piasau Utara (enam tong).

Zon 6 Tudan pula dua tong diletakkan di dua lokasi masing-masing di hadapan Gereja Roman Katolik (Fasa 2 dan 2A) dan Tadika Perpaduan (Tudan Fasa 1/3/4/5).

Zon 7 ialah kawasan Per m y jaya yang menyaksika­n tiga tong sampah besar diletakkan di Jalan Desa Senadin (lokasi sedia ada), rumah kedai Desa Indah 3 dan rumah kedai Desa Indah 2.

Zon 8 ialah kawasan Lutong dengan empat tong sampah besar diletakkan di dua lokasi iaitu dua di Kampung Api dan dua lagi di Jalan Pointsetti­a serta Jalan Poly.

Dengan penyediaan RORO, Adam berharap penduduk di Miri dapat memanfaatk­annya dengan membuang sampah terutama jenis besar di tempat yang betul, sehingga tarikh akhirnya 13 Februari kelak.

“Sehubungan itu saya meminta kerjasama orang ramai untuk tidak membuang dan melonggokk­an sampah merata-rata,” katanya, sambil menambah kata, ia akan mengotorka­n sekitar bandar raya serta mengundang banyak haiwan terbiar dan pembawa penyakit seperti tikus di kawasan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia