Utusan Borneo (Sabah)

M’sia perlu banyak rumah jagaan warga emas

Eden On The Park Care Residence sedia kemudahan direka dengan semua aspek untuk warga emas

-

KUCHING: Hampir separuh penduduk Malaysia berusia 60 tahun dan ke atas Malaysia menjelang 2030.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Seri Dr Hilmi Yahaya menegaskan Malaysia mesti bersiap sedia untuk realiti ini kerana populasi semakin menua dengan cepat.

“Kita mesti bersiap sedia dari sekarang bagi perkara yang diperlukan untuk menjaga kumpulan kita yang semakin menua,” katanya pada satu sidang media ketika melakukan lawatan ke Eden On The Park Care Residence di Kota Samarahan di sini semalam.

”Saya mesti memuji Eden kerana kemudahan penjagaan warga emas bersepadu ini direka dengan semua aspek untuk golongan warga emas,” katanya sambil menggalakk­an dan menyokong usaha untuk melaksanak­an lebih banyak rumah penjagaan sedemikian di seluruh negara.

Menurutnya, hakikat bahawa orang hidup lebih lama tidak dapat dinafikan disebabkan oleh khidmat penjagaan kesihatan yang lebih baik serta nutrisi yang lebih tinggi.

Di Malaysia, jangka hayat sudah meningkat dengan kaum wanita yang mencapai usia purata 76 tahun dan lelaki 72 tahun, katanya, namun ini turut diiringi kerumitan dan beban yang sering dikaitkan dengan usia tua.

Maka itu, beliau menerima hakikat bahawa Malaysia mesti bersedia dengan baik kerana populasi warga emas pasti akan memerlukan bantuan untuk menjalani hidup dengan lebih selesa pada hujung hayat mereka.

“Pada waktu yang sama, kita juga bimbang mengenai golongan muda kerana jumlah kes penyakit tidak berjangkit (NCD) semakin meningkat,” katanya sambil menegaskan ia pada amnya disebabkan oleh gaya hidup yang tidak aktif.

Berdasarka­n data dari Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Negara (NHMS), ia dianggarka­n 73 peratus daripada keseluruha­n kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh NCD dan separuh daripada itu disebabkan oleh penyakit kardiovask­ular.

Faktor risiko NCD yang berleluasa terus meningkat dan merupakan trend yang membimbang­kan bagi negara ini.

“Ia adalah penting untuk menjaga belia kita juga. Kita mesti meneruskan usaha untuk menggalakk­an mereka untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan aktif termasuk mengamalka­n pemakanan seimbang,” ujarnya.

Dr Hilmi, yang mengetuai rombongan untuk lawatan kerja selama tiga hari di Sarawak, meninjau kemudahan berkenaan selepas mendengar taklimat oleh pengasas yang juga Pengarah Urusan Eden, Victor Fong, Pengerusi John Chin dan Ketua Pegawai Eksekutif Simon Yong.

Terdahulu Fong menegaskan tentang keperluan untuk menjaga populasi yang menua dengan semakin cepat, jika tidak ia akan memberi impak kepada sistem penjagaan kesihatan.

“Pada hari ini, semakin ramai pasangan warga emas yang sepi dan tinggal bersendiri­an kerana anakanak mempunyai komitmen mereka sendiri atau bekerja di luar negara,” katanya.

“Rumah penjagaan warga emas sedemikian dapat diterap ke dalam budaya Malaysia walaupun konsepnya berasal dari Australia. Kami telah menyediaka­n kemudahan ini supaya sesuai dengan persekitar­an di Malaysia dengan mengambil kira budaya pantang larang dan mentaliti Asia,” tambahnya.

Pusat kediaman penjagaan dan gaya hidup warga emas bersepadu Eden On The Park di Kuching merupakan kampung persaraan prototaip pertama yang berjaya menggabung­kan amalan terbaik yang diambil dari industri yang sangat kukuh di Australia dan menyesuaik­annya dengan nilai budaya dan keperluan sosial tempatan, dan pada waktu yang sama menangani sisi negatif dalam pantang larang lama masyarakat Asia.

Pusat kediaman itu, yang disediakan untuk penghuni yang aktif dan berdikari, menyediaka­n penjagaan jangka panjang, jangka pendek dan pemulihan untuk warga emas.

Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) Dato Dr Azman Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim dan Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Dr Nordin Saleh.

Hilmi (dua kanan) beramah mesra dengan seorang penghuni. Turut kelihatan Fong (tiga kanan) dan Yong (kiri).

 ??  ?? DR
DR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia