Utusan Borneo (Sabah)

Jualan Tahun Baharu KH Enterprise hingga 15 Mac

- Enterprise beroperasi di Pusat Komersial Pelita, Miri.

MIRI: KH Enterprise (Miri) Sdn Bhd menganjurk­an jualan Tahun Baharu bermula semalam hingga 15 Mac.

Sepanjang tempoh ini, para pelanggan boleh yang mendapatka­n pelbagai produk perkakasan elektrik rumah terkini dengan diskaun hebat sehingga 50 peratus.

Tambahan pula selama empat hari bermula semalam, para pelanggan boleh mendapatka­n rebat atau diskaun tambahan antara RM200 hingga RM400 bagi pembelian peti sejuk, mesin basuh dan televisyen LED.

Jualan khas empat hari ini adalah bersempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba.

Di samping itu menurut jurucakap syarikat, para pelanggan boleh mendapat rebat khas apabila mereka menukar beli perkakasan elektrik lama mereka.

Sebagai wakil sah Samsung, KH Enterprise menawarkan televisyen LED terbaharu, pemain BluRay, sistem teater rumah, peti sejuk, mesin basuh dan pelbagai produk jenama Samsung lain yang dijual pada harga berpatutan sepanjang tempoh promosi tersebut.

Premis ini turut menjual jenama lain seperti Elba, Beko dan Panasonic yang

KH

merangkumi peralatan seperti periuk nasi, dapur memasak, penyedut asap, ketuhar gelombang mikro dan sebagainya.

Terletak di Pusat Komersial Pelita di Miri, KH Enterprise juga menyediaka­n kanopi di luar kedai di mana para pelanggan boleh mendapatka­n pelbagai barangan pada harga yang sungguh murah.

Syarikat tersebut juga menyediaka­n perkhidmat­an pascapembe­lian seperti perkhidmat­an pembaikan dan penyelengg­araan. Perkhidmat­an penghantar­an ke rumah turut disediakan bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Miri.

Untuk keterangan lanjut, hubungi 085-416690.

 ??  ??
 ??  ?? TELEVISYEN LED terkini dan peralatan lain yang dijual pada harga promosi.
TELEVISYEN LED terkini dan peralatan lain yang dijual pada harga promosi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia