Utusan Borneo (Sabah)

‘Paling muda, pintar’ hilang dalam bencana feri Pasifik

-

WELLINGTON: Ramai kanak-kanak dan remaja turut hilang selepas sebuah feri karam di kawasan terpencil Lautan Pasifik, perangkaan rasmi menunjukka­n, dan mangsa digambarka­n sebagai “paling muda dan paling pintar” di rantau mereka.

Radio Kiribati melaporkan lewat kelmarin bahawa satu tinjauan majlis ke atas Pulau Nonouti, di mana feri berlepas pada 18 Januari lalu, menunjukka­n 88 orang menaiki feri terbabit.

Ia menyatakan mereka termasuk 10 kanak-kanak pada usia sekolah rendah dan 13 pelajar sekolah tinggi.

Kumpulan remaja itu dipercayai dalam perjalanan ke ibu kota Kiribati, Tarawa Selatan, untuk memulakan penggal persekolah­an baharu.

Hanya tujuh sahaja, termasuk seorang gadis berusia 14 tahun, sudah dijumpai dalam keadaan masih hidup setakat ini dan harapan semakin pudar untuk mengesan mangsa lain.

Empat pesawat, dari Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand, sedang mencari mangsa di kawasan lautan yang luas, bersama enam bot.

Presiden Kiri bati, Ta net i Maamau, memberitah­u radio awam kelmarin bahawa kejadian feri karam itu merupakan “saat yang tragis” bagi negara pulau kecil itu tetapi usaha mencari mangsa yang mungkin selamat diteruskan.

“Objek telah dikesan seperti serpihan kayu dan tong gas dan beberapa benda lain, tetapi malangnya tanda orang masih belum dapat dikesan lagi,” katanya.

Bekas presiden Anote Tong berkata Nonouti telah kehilangan rakyatnya yang “paling muda dan paling pintar” dan seluruh Kiribati terkejut.

“Ini setakat ini merupakan bencana terbesar dari segi jumlah dan juga dari segi orang yang terlibat,” katanya kepada Australian Broadcasti­ng Corporatio­n.

Tong berkata terdapat persoalan mengenai kenapa pihak berkuasa mengambil masa lebih seminggu untuk memaklumka­n tentang kejadian itu selepas feri berkenaan, MV Butiraoi, memulakan pelayaran yang sepatutnya memakan masa selama dua hari sahaja.

Tujuh mangsa yang selamat dijumpai terapung dalam sebuah bot getah Ahad lepas dan usaha mencari kini memberi tumpuan kepada sebuah bot keselamata­n yang dilancarka­n dari feri yang karam.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR video diterima daripada Pasukan Pertahanan New Zealand (NZDF) pada 28 Januari menunjukka­n bot getah dipenuhi mangsa terselamat dari feri karam di Lautan Pasifik lebih seminggu lalu.
— Gambar AFP GAMBAR video diterima daripada Pasukan Pertahanan New Zealand (NZDF) pada 28 Januari menunjukka­n bot getah dipenuhi mangsa terselamat dari feri karam di Lautan Pasifik lebih seminggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia