Utusan Borneo (Sabah)

Pasukan keselamata­n Filipina tangkap ketua gerila Maoist

-

MANILA: Seorang pemimpin kanan gerila Maoist telah ditangkap di tengah bandar raya Manila, kata pasukan keselamata­n Filipina semalam, dalam operasi pertama ke atas kepimpinan pemberonta­k sejak Presiden Rodrigo Duterte menamatkan rundingan damai.

Polis berkata Rafael Baylosis dan seorang lagi lelaki bersenjata ditahan di ibu negara kelmarin selepas menerima maklumat dalam satu operasi bersama perisikan tentera.

Baylosis mengetuai Parti Komunis Filipina pada waktu kemuncak pemberonta­kan pada zaman 1980-an untuk mengguling­kan sistem kapitalis yang telah mewujudkan salah satu jurang kaya-miskin terbesar di Asia.

Polis menggambar­kan pemimpin itu sebagai “pemangku setiausaha” sayap gerila parti Maoist, Tentera Rakyat Baharu (NPA), yang menurut tentera sudah turun kepada 3,800 anggota daripada lebih 20,000.

Rundingan untuk menamatkan konflik itu, yang menurut tentera sudah meragut 30,000 nyawa, dijalankan dari semasa ke semasa sejak tiga dekad lalu.

Pihak tentera berkata Baylosis merupakan pemberonta­k berprofil tinggi pertama ditangkap sejak Duterte akhirnya pada November lalu menamatkan usaha untuk mencapai penyelesai­an politik kepada salah satu perjuangan paling lama di Asia.

Pegawai menambah dia hilang kekebalan selepas kegagalan rundingan, dan berkata mereka menjalanka­n waran tangkap bagi Baylosis berhubung siri operasi pembersiha­n pada 1985 di mana dia dan beberapa ketua pemberonta­k utama lain didakwa atas tuduhan membunuh.

Baylosis mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut pada 2016 dan dibebaskan dengan jaminan, dan selepas itu pemberonta­k berkata dia bertindak sebagai perunding dalam rundingan damai.

Puak komunis mengecam tangkapan itu semalam, dan berkata Baylosis menikmati imuniti di bawah syarat rundingan damai.

Mereka menuntut pembebasan segera keduadua lelaki terbabit.

Duterte menyalahka­n NPA di atas serangan berdarah ke atas anggota tentera dan polis walaupun rundingan damai dijalankan.

Pada Disember lalu beliau melabel parti terbabit dan sayap bersenjata­nya sebagai “organisasi pengganas”.

Pemilihan presiden yang menganggap diri seorang sosialis itu pada 2016 pada mula-nya menghidupk­an harapan bagi rundingan yang berjaya selepas Duterte berkata ia adalah “impian” beliau untuk mewujudkan keamanan di negaranya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia