Utusan Borneo (Sabah)

Vila tepi tasik Suu Kyi dilontar bom petrol

-

YANGON: Bom petrol telah dilontar ke pekarangan tepi tasik milik pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, di Yangon semalam ketika beliau tidak ada di rumahnya, kata seorang jurucakap kerajaan.

“Ia adalah bom petrol,” jurucakap Zaw Htay mengesahka­n kepada AFP, tetapi tidak memberi maklumat lanjut mengenai motif bagi sera-ngan kecil tetapi jarang sekali berlaku itu yang menyasari ikon demokrasi Myanmar.

Bom petrol itu menyebabka­n kerosakan kecil. Namun serangan ke atas villa berkenaan di mana Suu Kyi diletakkan dalam tahanan rumah selama bertahunta­hun oleh junta lama adalah amat simbolik sekali.

Suu Kyi semakin mengundang kemarahan masyarakat antarabang­sa kerana beliau ditanggapi gagal untuk bersuara bagi pihak masyarakat Muslim Rohingya di Myanmar.

Hampir 700,000 orang Rohingya sudah lari daripada operasi ketenteraa­n yang kejam di negeri utara Rakhine ke kem pelarian di Bangladesh sejak Ogos lalu, dan membawa bersama mereka kesaksian mengenai pembunuhan, perogolan dan pembakaran.

Namun di Myanmar, Suu Kyi, yang memenangi pilihan raya pada 2015, masih dianggap ramai sebagai wirawati oleh populasi majoriti Buddha, yang menggelarn­ya “The Lady”.

Ramai orang di Myanmar menganggap masyarakat Rohingya sebagai pendatang “Bengali” yang masuk tanpa izin.

Suu Kyi berada di Naypyidaw pada waktu insiden semalam dan dijadual berucap kepada parlimen sempena ulang tahun kedua kerajaan NLD memegang kuasa.

 ?? — Gambar AFP ?? ANGGOTA polis meronda di hadapan kediaman Suu Kyi di Yangon semalam selepas seorang lelaki melontar bom petrol ke arah pekarangan vila tepi tasik tersebut.
— Gambar AFP ANGGOTA polis meronda di hadapan kediaman Suu Kyi di Yangon semalam selepas seorang lelaki melontar bom petrol ke arah pekarangan vila tepi tasik tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia