Utusan Borneo (Sabah)

Cinta internet dalam telemovie ‘Kembali Senyum’ di TV1

-

PERCAYAKAH anda dengan cinta internet?

Tidak dinafikan perkenalan melalui internet bukanlah kedengaran janggal lagi dalam kalangan masyarakat masa kini.

Ada yang beranggapa­n cinta internet ini tidak mungkin berkekalan lama atau perlu berdepan risiko ditipu. Namun realitinya ada juga berjaya dalam perhubunga­n yang bermula di laman sesawang ini. Bergantung kepada niat dan kekuatan jodoh seseorang.

Cuba mengetenga­hkan topik tersebut dalam sisi positifnya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyangkan telemovie menarik bertajuk ‘Kembali Senyum’ yang bakal menemui penonton pada 11 Februari ini, jam 10.05 pagi di TV1.

Menariknya telemovie karya pengarah yang tidak asing lagi, Shahrul Ezad Mohameddin ini menampilka­n gandingan mantap pelakon seperti Najua P. Ramlee, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan dan Erwin Shah Dawson.

Kisahnya berlegar dengan watak utama Budin dan Ezad adalah kawan baik yang duduk di pangsapuri yang sama.

Begitu juga Mona dan Nadia.

Budin dan Mona kerja setempat. Budin risau memikirkan soal jodohnya kerana dia dapat merasakan dirinya tidak tampan.

Situasi itu membuatkan dia cemburu melihat pasangan lain yang sedang bercinta.

Sejak itu Budin mencari cinta melalui sebuah sesawang untuk mencari teman wanita.

Budin menggunaka­n nama samaran sebagai Teruna Desa.

Pada masa sama Mona, yang berbadan gempal, juga cuba mencari cinta dengan cara yang sama dengan nama samaran Gadis Sepi.

Setelah berkenalan melalui sesawang, Teruna Desa meminta gambar Gadis Sepi.

Gadis Sepi yang rasa dirinya tidak cantik telah mengirim gambar kawannya, Nadia yang comel. Budin membalas dengan mengirim gambar Ezad.

Apabila tiba masa untuk bersemuka Budin minta Ezad berjumpa dengan Gadis Sepi manakala Mona meminta Nadia untuk berjumpa dengan Teruna Desa.

Apabila Nadia dan Ezad berjumpa mereka saling jatuh cinta antara satu sama lain.

Budin dan Mona pula cemburu melihat Nadia dan Ezad bercinta.

Namun Mona dan Budin rasa bersalah kerana menipu tentang identiti mereka. Maka mereka ingin memperbetu­lkan keadaan.

Akhirnya Budin dan Mona dapat tahu identiti Gadis Sepi dan Teruna Desa dan memohon maaf satu sama lain.

Usaha mereka untuk mencari teman tidak kesampaian. Sebaliknya Nadia dan Ezad meneruskan cinta mereka.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia