Utusan Borneo (Sabah)

Sokong siapa sahaja calon bertanding di DUN Inanam

-

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Inanam Benti Alim menyeru agar semua anggota parti di bahagian itu menyokong penuh siapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata kerjasama semua parti komponen BN amat penting bagi memastikan calon BN yang bertanding menang.

“Semua anggota parti (PBRS) perlu bekerja bersama dengan parti komponen lain untuk memenangi hati rakyat khususnya golongan muda yang juga pengundi baharu.

“Apa yang penting kita mahu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam ini kembali ke tangan BN. Oleh itu saya meminta semua anggota PBRS, khususnya Pemuda di kawasan Inanam memperting­katkan usaha untuk menawan hati pengundi,” katanya kepada Bernama.

Kerusi DUN Inanam yang sebelum ini merupakan kubu kuat BN, terlepas ke tangan pembangkan­g pada pilihan raya umum yang lepas apabila dimenangi Dr Roland Chia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 3,202 undi.

Selain PKR, BN dijangka berdepan beberapa calon daripada parti pembangkan­g termasuk Parti Warisan Sabah, Parti Cinta Sabah dan Parti Maju Sabah yang akan bertanding pada PRU14 akan datang.

Benti berkata kerjasama parti komponen BN di semua bahagian di Sabah juga sangat penting, khususnya di kawasan yang dimenangi pembangkan­g pada pilihan raya lepas.

“Kerja keras dan kerjasama kukuh semua parti komponen perlu ada, bagi memastikan rakyat terutama pengundi baharu lebih cenderung memilih BN... kerana sudah terbukti hanya kerajaan BN yang mampu membawa kemajuan dan kemakmuran negara,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia