Utusan Borneo (Sabah)

Sabah syurga bintang, tiga fenomena pada gerhana bulan penuh

Tiga fenomena serentak pada gerhana bulan penuh

- Oleh ALFRED PETRUS

FENOMENA istimewa gerhana bulan penuh yang berlaku pada 31 Januari menarik perhatian kirakira 1,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat untuk melihatnya di perkaranga­n Menara Tun Mustapha.

Aktiviti pencerapan fenomena berkenaan yang dianjurkan oleh Persatuan Pencerap Bintang Sabah (Sabah Stargazers) bukan sahaja menarik minat pihak sekolah dan masyarakat setempat, tetapi juga dari Semenanjun­g dan negara luar untuk melihat serta melihat fenomena istimewa gerhana bulan penuh berkenaan.

Pengurus Program Outreach Sabah Stargazers Emma Zulaiha Zulkifli berkata fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku pada Rabu yang boleh dilihat di beberapa tempat sahaja seperti Eropah, timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara, sangat unik dan jarang berlaku kerana ia menggabung­kan tiga fenomena secara serentak.

“Pada acara pencerapan bulan purnama penuh ini, kita dapat melihat fenomena yang dipanggil Super Blue

Blood Moon oleh orang barat untuk menarik minat masyarakat mengetahui lebih mendalam berkenaan fenomena ini.

“Ia adalah gabungan tiga fenomena yang berlaku serentak iaitu Super Moon,

Blue Moon (Bulan Biru) dan Blood Moon (Bulan Berdarah) yang mana fenomena Super Moon terjadi apabila bulan baru sahaja melepasi kedudukan

perigee atau kedudukan bulan adalah yang terdekat dengan bumi dengan jaraknya 358,993 kilometer (km) dan 14 peratus lebih besar daripada biasa.

“Bulan Biru pula diberi nama sempena berlakunya fenomena bulan penuh kedua dalam bulan yang sama iaitu pada 1 Januari dan hari ini (31 Januari). Namanya bukan sempena warna bulan berkenaan,” katanya kepada media pada Cerapan Gerhana Bulan Penuh 2018 di perkaranga­n Menara Tun Mustapha pada

Rabu.

Apa yang lebih menarik kata Emma, gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan mula memasuki penumbra iaitu bayang-bayang bumi seterusnya bertukar warna kepada jingga kemerahan dan dipanggil Bulan Berdarah.

Katanya warna bulan akan lebih kemerahan apabila ia berada dalam jajaran sinaran matahari di belakang bayang-bayang bumi (umbra).

“Namun, kita masih menggunaka­n fenomena gerhana bulan penuh walaupun ketiga-tiga fenomena ini terjadi dalam satu masa.

“Seperti yang dilaporkan, kejadian tiga fenomena secara serentak ini pernah berlaku 152 tahun dahulu dan semua fenomena ini mempunyai kitaran masanya sendiri,” jelasnya.

Katanya, fenomena gerhana bulan penuh berkenaan bermula sekitar jam 8.50 malam dan akan mula memasuki pusat bayangan umbra pada jam 9.29 sebagai fasa gerhana penuh.

“Gerhana penuh ini akan kelihatan merah selama satu jam 16 minit dan sehingga jam 10.17 malam,” katanya.

Dalam pada itu, Emma berkata Sabah Stargazers cuba menarik minat orang ramai bagi mengetahui fenomena seumpama itu dengan menyediaka­n paparan secara langsung melalui televisyen untuk pengunjung untuk merasakan sendiri pencerapan gerhana bulan penuh berkenaan.

“Kami juga menyediaka­n beberapa beberapa teleskop untuk pengunjung melihat sendiri fenomena ini bagi menyebarka­n minat dan ilmu astronomi kepada masyarakat Sabah.

“Bukan setakat itu, kami juga ingin memberitah­u masyarakat setempat bahawa Sabah bukan sahaja cantik dari segi aktiviti menyelam skuba dan mendaki Gunung Kinabalu tetapi lebih daripada itu.

“Apa yang saya boleh katakan, Sabah adalah syurga bintang yang mana negeri ini kurangnya pencemaran cahaya berbanding di Semenanjun­g,” jelasnya.

Katanya 90 peratus daripada kawasan Sabah boleh dijadikan lokasi bagi aktiviti mencerap bintang.

“Sabah adalah kawasan terbaik yang boleh kita lihat bimasakti kerana peratusan untuk melihat bintang di sini adalah lebih tinggi kerana kurang pencemaran cahaya.

“Ia kerana, pencemaran cahaya adalah faktor utama kehilangan bintang,” jelasnya.

Sementara itu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Ahmadshah Mohamad Haziq Fikhrullah Awang Majin melahirkan rasa gembira kerana diberi peluang menyaksika­n fenomena yang jarang berlaku itu.

“Saya rasa bersyukur dengan peluang ini kerana apabila menuntut di sekolah berasrama akan jarang mendapat peluang untuk keluar dan merasakan sendiri program sumpama ini,” katanya.

Haziq, 16, yang juga ahli Kelab Pencinta Aeroangkas­a di sekolahnya turut bersyukur kerana program pencerapan gerhana bulan penuh itu sedikit sebanyak menambah ilmu mengenai subjek kegemarann­ya.

 ??  ??
 ?? GambarBern­ama ?? ORANG ramai berkumpul di Menara Tun Mustapha untuk melihat fenomena berkenaan. FENOMENA gerhana bulan penuh menerangi Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara malam Rabu. Penduduk di Malaysia berpeluang menyaksika­n tiga fenomena ke atas bulan...
GambarBern­ama ORANG ramai berkumpul di Menara Tun Mustapha untuk melihat fenomena berkenaan. FENOMENA gerhana bulan penuh menerangi Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara malam Rabu. Penduduk di Malaysia berpeluang menyaksika­n tiga fenomena ke atas bulan...
 ??  ?? GERHANA bulan penuh yang kelihatan jelas di perkaranga­n Menara Tun Mustapha.
GERHANA bulan penuh yang kelihatan jelas di perkaranga­n Menara Tun Mustapha.
 ??  ?? PENGUNJUNG berkumpul di hadapan televisyen yang disediakan untuk paparan secara langsung oleh Sabah Stargazers.
PENGUNJUNG berkumpul di hadapan televisyen yang disediakan untuk paparan secara langsung oleh Sabah Stargazers.
 ??  ?? ANTARA suasana pengunjung melihat fenomena berkenaan menggunaka­n kamera dan teleskop.
ANTARA suasana pengunjung melihat fenomena berkenaan menggunaka­n kamera dan teleskop.
 ??  ?? AKTIVITI mendirikan telur juga dijalankan ketika fenomena itu berlangsun­g.
AKTIVITI mendirikan telur juga dijalankan ketika fenomena itu berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia