Utusan Borneo (Sabah)

Gunakan hak demokrasi: Azizah

Rakyat diyakini tidak terikut dengan kempen #UndiRosak

- \Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun yakin rakyat negara ini tidak terikutiku­t dengan kempen #UndiRosak yang dilihat tidak mendatangk­an sebarang kebaikan.

Sambil menyelar tindakan pihak terbabit yang mengajak rakyat terutama pengundi untuk merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, beliau berkata adalah lebih baik rakyat memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod cemerlang berbanding yang lain.

“Saya pasti rakyat (pengundi) tidak akan terpengaru­h dengan kempen #UndiRosak kerana saya percaya rakyat mahukan kerajaan yang mampu meneruskan pembanguna­n.

“Rakyat Malaysia mahu menggunaka­n hak demokrasi untuk mengundi. Jadi mengapa mereka hendak merosakkan undi untuk perkara yang tidak mendatangk­an faedah kepada mereka sendiri.

“Tindakan sedemikian hanya perbuatan yang sia-sia dan kempen seumpama ini harus ditolak oleh rakyat,” katanya yang juga Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bersama Kakitangan Majlis Daerah Beaufort dan Pejabat Daerah Beaufort di Dewan Belia Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) Beaufort.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort ditemui bagi mengulas kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menggalakk­an orang ramai untuk menyertai kempen itu.

Abdul Rashid dalam kenyataan turut mengajak penyokong BN untuk menyertai kempen itu sebagai tanda tidak puas hati terhadap pemimpin mereka.

Terdahulu, Azizah dalam ucapannya berkata, pertemuan dengan beberapa kakitangan dan agensi kerajaan dalam satu majlis santai dapat mengukuhka­n lagi persefaham­an antara pembuat dasar dan kakitangan yang melaksanak­annya.

Katanya, dengan adanya persefaham­an itu, sebarang dasar yang dilaksanak­an kerajaan bukan sahaja mencapai matlamat dan objektifny­a malah turut memberi manfaat kepada seluruh lapisan rakyat di negara ini.

“Saya pasti rakyat (pengundi) tidak akan terpengaru­h dengan kempen #UndiRosak kerana saya percaya rakyat mahukan kerajaan yang mampu meneruskan pembanguna­n."

 ??  ?? DATUK AZIZAH MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat
DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat
 ??  ?? AZIZAH beramah mesra dengan sebahagian yang hadir pada majlis itu.
AZIZAH beramah mesra dengan sebahagian yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia